Pages - Menu

Friday, 3 April 2015

PROGRAM PROMOSI PELANCONGAN NAZRI AZIZ DI UMBAI MELAKA, BERAKHIR DENGAN SEMUA DELEGASI LUAR NEGARA DAN NAZRI SENDIRI CIRIT-BIRIT!

Nazri Aziz merah muka apabila usaha menggalakkan pelancongan di Melaka berakhir apabila dia dan 30 pegawai kanan pelancongan ASEAN cirit-birit akibat keracunan makanan selepas memakan makanan laut di Umbai, Melaka.

Menteri Pelancongan itu dan delegasi asing tersebut berada di Melaka untuk mesyuarat kali ke-18 pegawai-pegawai kanan ASEAN untuk Majlis Sosio-Budaya dari 23 Mac sehingga 27 Mac.

Dalam majlis yang diatur oleh Kerajaan Negeri Melaka di perkampungan nelayan itu, Nazri dan pegawai-pegawai pelancongan mula jatuh sakit selepas memakan makanan laut di arked makanan pada 24 Mac.

Ketua Menteri Melaka, Idris Haron berkata, pasukan perubatan telah dikejarkan ke hotel tempat delegasi tersebut menginap apabila mereka mula mengadu tentang sakit perut akut, kejang otot, muntah, cirit-birit, demam dan loya.

Ujian makmal yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri menunjukkan makanan yang dihidangkan telah tercemar dengan bakteria E.Coli.

"Kami berasa malu kerana para delegasi telah berhadapan dengan pelbagai komplikasi, semuanya kerana makanan tidak bersih yang disediakan di premit makanan laut di kawasan berkenaan," katanya, sambil menambah insiden tersebut telah mencemarkan reputasi Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan.

Idris Haron turut berkata, Kerajaan Negeri telah menyenaraihitamkan premis yang telah diminta menyediakan makanan itu dan menekankan bahawa tindakan undang-undang akan diambil ke atas pemilik premis.

Selain Malaysia, mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh delegasi dari Brunei Darussalam, Kemboja, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

1 comment: