Pages - Menu

Thursday, 16 April 2015

WHATSAPP SENAPANG DAN BERBALAS TEMBAKAN DI GEMAS... PDRM TAMPIL BERIKAN PENJELASAN!!!


Semalam, satu whatsapp yang 'bertanyakan' sama ada benar atau sebaliknya tentang kejadian tembak-menembak antara polis dengan beberapa orang lelaki serta rampasan beberapa pucuk senjata api telah tersebar secara meluas.

Barangkali berniat untuk bergurau, namun sebahagian daripada 'berita' berkenaan telah diceduk bulat-bulat dan kemudian disebarkan juga dengan menggunakan aplikasi WhatsApp dan Telegram menyebabkan golongan yang teruja, telah menyebarkan berita palsu yang asalnya untuk bergurau itu.

Memandangkan rakyat Malaysia gagal membezakan antara berita palsu dan berita tulen, selain mudah panik dan percaya dengan apa yang mereka baca menerusi aplikasi media membabitkan di atas talian, PDRM terpaksa pula memberikan penjelasan dan menafikan berita palsu berkenaan.


Nampaknya bertambah pula kerja polis untuk menafikan berita-berita sebegitu bagi memastikan rakyat Malaysia tidak mudah panik dan kemudian bertindak menyebarkan berita palsu.

Atau sebenarnya kegilaan rakyat Malaysia yang melihat 'gurauan' sebegitu adalah perlu bagi menceriakan hidup selepas terpaksa mengharungi pelbagai kesukaran dan kebejatan dunia politik yang mewarnai negara ini pada sepanjang masa.

Apa-apa pun, diharapkan pada masa-masa hadapan, tidak lagi muncul dengan 'gurauan-gurauan' sebegini memandangkan berita-berita palsu sebegitu sebenarnya mampu merangsang kepanikan dan huru-hara yang lebih besar sekiranya tidak disekat atau ditangani secara lebih pantas.

No comments:

Post a Comment