Pages - Menu

Thursday, 28 May 2015

MEMALUKAN!!! Jabatan Imigresen Enggan Uruskan PATI Yang Ditangkap Oleh PDRM Dengan Alasan Paling Bodoh!


Antara agensi penting yang memastikan keselamatan serta pembendungan jenayah yang dilakukan oleh warga asing adalah Imigresen. Imigresen merupakan pihak yang berada di setiap pintu masuk negara ini, mendokumentasi, mempunyai kuasa untuk membenarkan atau menghalang mana-mana orang asing daripada memasuki negara ini. Malah Imigresen juga memastikan warga asing di dalam negara ini, mempunyai dokumen pengenalan diri dan patuh kepada undang-undang di negara ini.

Bagaimanapun, dalam satu pendedahan, dilihat tiada kesungguhan daripada salah satu Jabatan Imigresen di negara ini untuk membendung PATI atau Pendatang Tanpa Izin.

Ianya berlaku di Sabah!



Berdasarkan daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Sabah sendiri, ternyata jumlah tangkapan ke atas PATI yang dibuat oleh Imigresen, terlalu kecil jikalau dibandingkan dengan tangkapan PATI oleh PDRM di Sabah sahaja.

Lebih malang lagi ialah apabila jabatan berkenaan seperti tidak mengiktiraf usaha yang dilakukan oleh PDRM dengan memberikan pelbagai alasan, termasuklah alasan standard, 'kurang kakitangan'.

Melihat kepada isi kandungan kenyataan tersebut, persepsi yang mungkin boleh ditimbulkan ialah ketiadaan kesungguhan dan keinginan untuk memikul amanah.

Bayangkanlah bagaimana jikalau sebuah jabatan penting seperti Imigresen, memindahkan tanggungjawab mereka kepada PDRM, enggan mengambil kes-kes PATI yang berjaya ditangkap dan ditahan oleh PDRM kerana kononnya ingin menghabiskan kertas siasatan Imigresen sendiri. Kemudian meminta agar PDRM menyelesaikan sendiri masalah PATI walaupun sebenarnya PDRM sekadar membantu Imigresen yang ternyata tidak cekap dan tidak mampu dalam segala hal.

Kalau sudah semuanya tidak boleh, mungkin juga elok jikalau IMIGRESEN DIMANSUHKAN atau ditempatkan di bawah PDRM. Apatah lagi jumlah tangkapan yang dibuat oleh PDRM, jauh lebih banyak dan lebih berkesan berbanding imigresen.


Malah dalam apa juga keadaan, di mana-mana sahaja, yang kelihatan bersungguh-sungguh menjaga negara adalah PDRM berbanding Imigresen yang operasi mereka cuma kelihatan dalam kaca televisyen seminggu sekali.

Sabah walaupun sama seperti negeri-negeri lain di Semenanjung dan Sarawak yang berhadapan dengan kerenah PATI, namun situasinya jauh lebih berbeza memandangkan Sabah kerap dijadikan 'pangkalan' PATI sehinggakan beberapa kes penculikan melibatkan warga asing berlaku di Sabah. Malah warga asing boleh dilihat di mana-mana sahaja di Sabah dalam kadar yang sangat mudah.

Menariknya, tidak sahaja di Sabah, di seluruh Malaysia, di mana-mana sahaja warga asing kelihatan begitu bebas berkampung, membiak dan mencipta komuniti mereka sendiri.

Apakah alasan-alasan yang diberikan oleh Jabatan Imigresen menjadikan PATI begitu mudah berada dalam negara ini sebagaimana yang kita dapat lihat sekarang?

27 comments:

  1. Macam mana tak boleh uruskan lebihkurang 1500 kes dalam masa enam bulan? Apa yg dia orang buat? Patut la Sabah asyik kena ceroboh je....

    ReplyDelete
  2. Alasan bodoh juga diberikan oleh Najib dan para kumpulan penyamunnya di 1MDB, bila orang tanya mengenai isu 1MDB, jawapan mereka tunggu audit, lepas tu bila PAC panggil CEO 1MDB, mereka takut nak datang dan beri alasan lambat terima surat sedangkan surat itu dan lama dibuat pun.

    Malahan Najib dan kumpulan penyamunnya di 1MDB itu tak kenal wang tunai, aset dan unit, jawapan membohong di parlimen.

    Najib adalah suspek jenayah memberikan keterangan palsu, tetapi Ketua Polis Negara masih buat bodoh tak ambil tindakan walaupun laporan polis dah dibuat terhadap Najib.

    Speaker Parlimen pun dah dibeli dengan perabot baharu, tandas baharu dan ubah suai pejabat, maka terus jadi badut suruhan Najib, tak ambil tindakan untuk menghadapkan Najib ke Lembaga Disiplin Parlimen walaupun Najib memberikan keterangan palsu yang boleh memudaratkan ekonomi Malaysia di dalam sidang parlimen pada bulan Mac yang lalu.

    Inilah yang berlaku di Malaysia, suspek jenayah akan ditabik hormat dan dicium tangan oleh Ketua Polis Negara dan Speaker Parlimen, memang dasar pecacai sejati!

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam bagus jer.....sembang mau lebih.....

      Delete
    2. Wei bahlol Bakar jadi Abu.. mak ko mengandung dpt ko dlu pun salah Najib jugak?
      Justifikasi palsu tu sape yag kasi? juak2 pembangang dan org2 yg nk jatuhkan kerajaan. Penyelewengan Lebuhraya Rakyat Kelantan tu kalau cerita lagi banyak kertas siasatan boleh buka..

      bodoh tak boelh di ajar!

      Delete
    3. Amboi..macam bagus je kamu ni bakar. Hmmm..dpt maklumat dari blog ye. Blog tu ditulis ikut persepsi penulisnya shj, bukan semestinya ada bukti sahih. Yg kamu ni, tukang sebar maklumat ikut persepsi blogger antinajib kenapa? Dh la begitu, tuduhan2 yg tak tepatpun kamu lemparkan sekali. Selagi tak dibuktikan betul, maka tuduhan itu masih tak betul. Selagi tak dibuktikan salah oleh mahkamah, maka tuduhan boleh dianggap fitnah. Ini semua duniawi, yg benar adalah mahkamah Allah. Kamu dah ready utk yg ini berdasarkan tuduhan2 ikut kepercayaan blogger anti najib? Kalau ikutkan, blogger anti tun mahathir, anti hj hadi, anti nik aziz juga bersepah. Semuanya betulkah?

      Delete
  3. Siapa cakap Kerajaan Bn bagus ?

    ReplyDelete
  4. Satu persoalan mudah bagaimana Surat rasmi sesuatu jabatan yg diklafikasikan sbg sulit boleh smp kpd org bloggers, siapa yg mendedahkan rahsia kerajaan sbnrnya. Bukan kah Surat ini di tujukan kpd PDRM, minta pihak berwajib siasat di bawah Akta Rahsia Rasmi bagaimana ketirisan maklumat ini blh berlaku.

    ReplyDelete
  5. Anon atas? Apa ko mau sibuk cakap pasal akta rahsia rasmi. Bugima kau laa, Jilake. Ini la masalah kepada pendatang asing di sabah. Kami urang sabah busan sama immigresen. Buat duit lepas tu tuduh pulis tidak buat kerja. Lanchauu ko la anon diatas. Brapa banyak tokey cina yg menggaji PATI kena dakwa oleh Immgresen. Takut pendedahan keburukan sendiri dideahkan. Komporm Anon diatas ni pegawai immigresen yg korup. Yg kena tangkap pasal jual pas sama pakistan jual kapet. Jilake la. Kipidap Blogger Buletinsengal, berani kerana benar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaga bahasa tu sikit sedara..aku orang melaka..bahasa aku org lua ckp kasar..tp aku boleh ckp lg elok dr kau jamban..kalo xtau pape elok jgn bercakap..ok?aku xnk tau agama ape ko peluk sbb aku xnak malu kalau2 ko jawab ko islam..

      Delete
  6. Cakap pandai la... ingat pulut ka nak settle kan IP.. nak tangkap.. 5 lori pun buleh tangkap.. bukan payah... nak siasat.. buka ip.. ambil cap jari.. buat minit.. buat diary siasatan.. jumpa TPR.. sambung Reman.. ingat puluit..? Taip mcm2 ccomment di sini memqng la senqng.. bukan kena duit... org len merah biji mata, takda masa ngan anak bini.. sapa tau wooiii..! Setakat kerja kerani/Par, nak commernt bumbang..bumbang.... blahhh laa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik ada masa lak nak baca blog.

      Semua kerja susah kalau asik melangut kat internet kat kedai kopi.

      Kalau rasa susah berhenti jer, ramai lagi nak keje

      Delete
    2. Eleh...siapa arah pegawai imigresen minta kerja dulu? Ada kewajipan utk jd pegawai imigresenkah? Itulah bidang tugas dia. Dh jd imigresen nk kerja mcm kerani/par. Kalau tak nak berurusan dgn pati, kerjalah jadi posmen. Lain kali kalau ada kritikan, terima dan perbaiki, bukan marah balik kepada pengkritik. Pegawai yg berjiwa besar ialah yg berlapang dada dengan kritikan orang lain.

      Delete
  7. Imigresen? Hehehe.....

    ReplyDelete
  8. kalau pandai sangat...kau try keja kat jabatan tu dulu... tengok camner...lepas tu baru kau ceriter...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bos mcm mn nak rasa nikmat kerja imigresen ni klu apply spa pun x lepas-lepas...sabo je........lh.....

      Delete
  9. Ckp senangla...aku keje imigresen...wat keje salah..xwat lgla salah...baca akta imigresen 1959/63 pindaan 2002 dulu...dh paham br komen...PDRM mmg membantu dlm urusan pati...tp rakyat xnmpk kenapa jd bende ni..cer tanya KP imigresen brape ramai staf ada dlm jabatan...xyakin cer tanye JPA skali...pastu wat kira2 sendiri...relevan x nisbahnya...sekian...#ckpsenangla#

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro, kp imigresen x pernah bentang laporan ke menteri ke? Berapa kekuatan anggota yg ada, berapa keperluan sepatutnya, apa jenis tugas yg urgent, statistik kemasukan pati dan sebagainya. Kalau tak silap, setiap tahun ada pengambilan kakitangan kerajaan. Imigresen tak pernah dapat ke? Atau kp awak tu tak pernah mintak tambah anggota...haha. Macam2 je jawapan ko nk elak kerja. Eh, kalau tak dpt jumpa anak binipun, itu dh kerja imigresen. Serupa la dgn askar yg kena buat operasi...lawak la awak ni.

      Delete
  10. Imigresen? huhu lubuk rasuah.. sebab tu mereka tak puas hati PDRM boleh tangkap banyak pendatang berbanding mereka yang kerja jadi talibarut pemerdangangan manusia melalui suapan rasuah pengawai2...alasan bodoh..tk cukup kakitangan tak cukup peruntukan.. alasan2 bodoh.. sbb tak cukup kakitangan tu lah ramai staf boleh melepak sembang di Kafe Putrajaya?

    puihhh.hancing!!

    ReplyDelete
  11. Peyeludupan pun sama kalau pdrm tangkap kastam passing sana sini..peg semua tolak..sebab apa sebab mungkin penyeludupan tu rakan meka..kalau pdrm nak tangkap barang seludup datu negara bersih..bab gro tu PBT kleusrkan lesen pdrm bandu PBT sebenarbya..Gro warga asing pdrm juga yg tuduh bukan imigresen...

    ReplyDelete
  12. RELA LAGI BANYAK TANGKAP PATI DARI IMIGRESEN.

    ReplyDelete
  13. Di klia pun terang2 boleh kantoi makan sedap2...apatah lagi setakat pintu masuk sabah. Tidak percaya kah? jangan tipu lah.

    ReplyDelete
  14. Saya baca surat Pengarah Imigresen tu tiada masalah. Mmglah Imigresen tdk dapat tampung. Polis sedap2 muncung tangkap lepas tu lepas tangan serah sama imigresen.

    Polis mmg ada kuasa utk menjalankan penguatkuasaan imigresen dan boleh mendakwa menggunakan akta imigresen. Dari segi kekuatan logistik dan anggota, polis lebih berkemampuan.

    Tiada masalah kalau settlekan semua tangkapan diorg berbanding imigresen yg mana dari segi logistik dan kekuatan pegawai adalah terhad. Kerja2 menyediakan kertas siasatan adalah sesuatu yg bukan mudah.

    Org2 yg komen di sini yg menghentam jabatan imigresen adalah bodoh kerana tidak menyedari hakikat ini. Main sedap muncung saja hentam.

    Imigresen tdk dapat handle kes yg diserah, kamu cakap imigresen tidak buat kerja. Imigresen buat keputusan utk suruh polis handle sendiri kamu cakap imigresen rahsuah.

    Kamu sendiri maki hamun tapi hakikatnya, inilah cara terbaik untuk menangani PATI. Jgn sedap muncung letak tanggungjawap terhadap imigresen.

    Tanya diri sendiri dan ahli keluarga. Adakah kamu menggaji org asing tanpa permit yg sah? Masalah pendatang tdk akan selesai dgn hanya mengharap sebuah jabatan yg kecil seperti imigresen. Kalau kita sendiri yg memainkan peranan dan tidak mberi peluang kepada PATI, masalah kita akan dapat diminimakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja la, jgn nak main tarik tali je. Kalau kurang anggota, bentang laporan kpd menteri minta tambah anggota. Sementara kerajaan belum muflis masih ada peluang utk dpt tambahan staf. Fikir secara terbuka. Masalah pati adalah masalah kemasukan warga asing tanpa izin, dan ia adalah masalah utama imigresen. Nak salahkan pdrm, salahkan orang itu orang ini boleh selesai masalah ke? Kpi imigresen ialah zerokan kemasukan pari. Itupun pegawai imigresen susah nk faham? Bagaimana ia boleh dilaksanakan, otak kp imigresen boleh la berfikir, kolaborasi dgn pdrm, atm, apmm dll. Boleh begitu?

      Delete
    2. Anonymous31 May 2015 at 11:05,

      Senang jer cakap bentang laporan minta tambah anggota. Cakap senanglah bro ... tapi tak semudah itu. Ingat senang2 ker JPA nak tambah perjawatan? Cuba pergi pejabat imigresen berhampiran dan tanya sejak bila imigresen bentang untuk minta tambah anggota. Apa yg kau cakap tu sudah Imigresen buat.

      Tiada siapa yg salahkan PDRM. Baca surat tu betul2. Imigresen sudah nyatakan beban tugas mereka, ditambah pula oleh beban tugas tangkapan yang dibuat oleh PDRM yang lepas tangkap serah kepada Imigresen. Imigresen tidak cukup tangan untuk menyelesaikan kes-kes tangkapan PDRM ditambah pula dengan kes-kes imigresen sendiri. Baca balik komen yg ko reply tu, PDRM ada kuasa utk mendakwa menggunakan akta imigresen.

      Penyelesaian jangka pendek adalah dengan menyuruh PDRM selesaikan/dakwa atas kuasa(akta imigresen) yang mereka miliki. Tambah anggota adalah penyelesaian jangka panjang sbb bukan on the spot JPA nak tambah. ada paham? Suruh orang berfikir secara terbuka tapi benda mcm tu pun tak boleh pikir ka?

      Masalah PATI adalah masalah holistik. Ini adalah masalah semua. kolaborasi yang kau cakap tu memang dah lama dibuat. ops bersepadu memang dah lama buat dan masih berlanjutan. sekarang ni pun di pantai timur Sabah tengah giat dengan slogan Hari-hari operasi yang dibuat secara bersepadu. Pun begitu, tangkapan ops-ops bersepadu akan direman di bawah akta imigresen dan tindakan seterusnya adalah di dalam tangan imigresen. Cuba bayangkan kalau, Imigresen, kena selesaikan Tangkapan Imigresen Sendiri, Tangkapan PDRM dan Tangkapan semasa Ops Bersepadu. ada nampak tak beban tugas tu?

      So semua komen ko tu bro dah Imigresen buat.

      Now saya tanya balik .... nak salahkan Imigresen dalam hal ni boleh selesai masalah ker? kalau dah imigresen takleh tampung nak salah imigresen jugak? haaa tang ni barulah boleh kata, fikir secara terbuka. boleh gitu?

      Delete
  15. Ingat polis xde kerja lain, melibatkan kes jenayah kekerasan dan harta benda....

    ReplyDelete
  16. Ini bermakna jabatan ini tidak perlu menungu masa dibubarkan dan penubuhan angota2 baru dikalangan orang2 sabah dan mempunuai kemahiran seperti PDRM

    ReplyDelete