Pages - Menu

Thursday, 14 May 2015

TUN MAHATHIR, ISTERI, ANAK DAN MENANTU DI HADAPAN KAABAH... SEMOGA SEMUANYA KEMBALI PULIH!!!


Politik UMNO meruap-ruap apabila Tun Mahathir membuka mulut, menegur, membelasah dan mendesak Perdana Menteri dalam beberapa isu termasuklah 1MDB, bahkan sehingga ke suatu peringkat, isteri Najib dan anak tirinya.

Kemuncak daripada kontroversi tersebut melibatkan sebidang tanah seluas suku ekar di TRX yang telah dibeli oleh Tabung Haji Properties yang kemudiannya disensasikan oleh para batu api dan penghasut, sehingga Tabung Haji dipersalahkan dan Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Tabung Haji didesak meletak jawatan kerana urusan perniagaan tersebut.

Sedangkan ianya tidak mendatangkan kerugian walau satu sen pun kepada Tabung Haji.

Tindakan Tun Mahathir melontarkan semua persoalan yang telah awal dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat, bahkan sehingga menjadi viral menyebabkan sebilangan pihak yang melihat ini adalah peluang terbaik untuk menonjolkan diri mencipta pula cerita lain yang sekali pandang, kelihatan seperti membela Perdana Menteri tetapi kalau diteliti, mereka sebenarnya menyumbang kepada kebencian tahap melampau orang ramai kepada Najib dan Kerajaan.

Walau bagaimanapun, semuanya bermula dengan pertanyaan demi pertanyaan dan desakan demi desakan Tun Mahathir.


Kini, saluran televisyen rasmi UMNO iaitu TV3 menggunakan khidmat bekas PKR dan DAP untuk menelanjangkan Mahathir dan keluarganya. Mungkin dari satu segi, diharapkan taktik tersebut mungkin boleh membantu populariti Najib Abdul Razak, namun seperti contoh bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tunku Aziz yang menggunakan buku tulisan Barry Wain, 'Malaysian Maverick' sebagai bahan buktinya, jelas merupakan tindakan yang diatur dan didalangi oleh kelompok inner circle Najib itu, sekadar akan memakan diri dan menimbulkan masalah lain yang lebih besar.

Apa yang sedang berlaku sekarang, menambahlemahkan lagi UMNO. Tony Pua dan Rafizi Ramli serta taukeh-taukeh pengeluar tenaga bebas (IPP) yang dipercayai menjadi tukang cucuk Tun Mahathir memandangkan pentadbiran Najib mahu menghapuskan penguasaan dan monopoli mereka, selain menjadikan sektor tenaga sebagai tidak didominasi oleh keuntungan semata-mata, sedang bertepuk tangan apabila mereka yang mengaku sebagai pengikut Mahathir dan Najib saling bermusuh serta melondeh antara satu sama lain.

Dalam hal ini, tiada sebarang keuntungan yang akan diperolehi oleh Najib mahupun Mahathir. Mungkin kebenaran boleh diserlahkan tetapi pada masa yang sama, ketika kebenaran terserlah, UMNO dan Barisan Nasional sudah pun kehilangan kuasa di negara ini kerana DAP dengan mengkudakayukan PKR telah pun berjaya menempatkan diri menerusi kejayaan mereka mengambil kesempatan daripada aksi londeh-melondeh sesama sendiri itu.

6 comments:

  1. Rasa aku yg rugi ialah Mahathir,kerana segala pekung lama dia didedahkan kembali,kalau nasib nak jadi malang ada dan PM Najib bersikap keras,ada pula yg buat report,boleh timbul isu salah guna kuasa terutama dalam kes bailout syarikat kapal anak dia,satu bilik di sebelah bilik Anwar di Sg Buloh terpaksa di sediakan.Mampus..Kalau tidak semunya sudah di diamkan dan dia boleh duduk aman beramal ibadat.Soalan-soalan dia pun hanya repeat solan pembangkang apa faedahnya,jadi seoalh-olah dia alat pembangkang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah tun rugi apa?? Kalau dia tahu pekung dia orang tahu baik dia duduj diam2 apa la bangang sangat...

      Delete
    2. Gambar Nuar Be rahim Kat Kaabah ada ke?

      Delete
  2. Hang bodoh!!!Kalau ada sudah lama dia dihadapkan ke mahkamah.Hang pi la buat repot polis.Majlis Peguam 100% dibelakang hang.........Al-Juburit pun dibelakang hang jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu anon 1809. Tun buat demi survival bangsa dan umat Islam. Apa akan jadi bila Najib kalah PRU nanti. Bangsa Melayu kemana? Nak harap PAS n PKR lagi jahanam negara...

      Delete
  3. dizaman pak lah sudah mula mengorek penyelewangan mahathir tapi tak jumpa2 hingga sekarang,tak ada apa yg rugi pada beliau. Sekarang panglima2 najib sudah hentam mahathir hingga menggunakan bekas2 sampah yg dikutip utk membelasah mahathir. Beliau tidak gentar dan akan terus hentam najib. Kalau mahathir benar2 jahat, dia boleh gabung dgn PR buat road show..alamak terkulai BN buatnya.

    ReplyDelete