Pages - Menu

Tuesday, 2 June 2015

MAHATHIR CABAR NGO YANG TAWARKAN RM1 JUTA SIASAT HARGA TERSEMBUNYINYA UNTUK BERSEGERA MELAKUKANNYA!


'GAME' antara yang dimainkan oleh Tun Dr. Mahathir bersama-sama Najib, nampaknya telah menarik minat daripada pelbagai puak termasuklah pembangkang dan musuh abadi UMNO iaitu Lim Kit Siang.

Lebih menarik lagi ialah corak permainan yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir yang kemudian 'disambut' secara tidak sengaja oleh Najib menerusi jawapan-jawapan serta road-tour mengingatkan kita kembali kepada kempen SEMARAK dari tahun 1988 untuk dua pusingan yang berakhir di Sarawak sebelum Pilihanraya Umum tahun 1990 diadakan.

Kenyataan keras yang dikeluarkan oleh Najib tentang 'anggota kabinet' yang tidak bersama-samanya, wajar meletakkan jawatan dan mengundurkan diri, sebenarnya sudah lama disuarakan oleh bawahan. Bukan rahsia lagi bilamana ahli-ahli dan penyokong-penyokong kerajaan melihat kesilapan besar Najib melantik orang-orang yang tidak berkelayakan sebagai anggota kabinet mahupun pegawai-pegawai di sekelilingnya.

Terdapat banyak kebocoran dan ketirisan termasuklah apabila terpaksa membuat dummy bagi manuskrip bajet tahunan apabila butiran bajet telah sampai ke tangan pembangkang terlebih dahulu sebelum sempat dibentangkan oleh Najib di Parlimen.

Begitu juga dengan kepala-kepala GLC yang langsung tidak mendukung aspirasi kerajaan yang mahu mewujudkan kondisi pembahagian kek ekonomi yang lebih seimbang antara kaum di negara ini.

Contoh terbaik termasuklah Nur Jazlan Mohamad yang sekarang ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC). Ketika dia menjadi Pengerusi UDA, apa kenyataan yang telah dibuatnya apabila keputusan enggan memberikan kontrak kepada syarikat-syarikat Bumiputera membabitkan tapak Penjara Pudu sebaliknya memilih syarikat-syarikat Cina dan dari China? (RUJUK SINI)

Bagi yang sangat memusuhi Najib Abdul Razak, barangkali mereka tidak sedar reaksi yang telah ditunjukkan oleh Najib itulah sebenarnya yang menjadi tuntutan Tun Dr. Mahathir. Malahan Tun Dr. Mahathir dalam kenyataan terbarunya, mencabar Najib Abdul Razak yang diketahui tidak mampu untuk memecat kakitangannya yang tidak cekap, berbuat begitu.

Melihat kepada situasi tegang antara Mahathir-Najib, memunculkan banyak pasukan yang dilihat cuba menjuarai isu londeh-melondeh melibatkan para pemimpin UMNO. Dan lebih menarik lagi ialah apabila golongan bekas DAP dan PKR kelihatan begitu aktif menyerang Tun Mahathir atau pun Najib untuk menunjukkan kononnya mereka sangat sayangkan UMNO tetapi pada masa yang sama, menggunapakai semua trick dan helah Pakatan terutama sekali PKR sebelum ini untuk melakukan serangan.

Kemunculan NGO seperti CGAM yang kononnya menawarkan hadiah RM1 juta untuk pembongkaran harta-harta tersembunyi Tun Dr. Mahathir, sebenarnya bukanlah sesuatu yang menghairankan. Golongan seperti ini merupakan oportunis yang akan segera merebut peluang untuk memunculkan diri dan menjadi juara selepas apa yang berlaku sepanjang 2004 dahulu sehingga menyaksikan kejatuhan Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Sekarang adalah musim di mana musang berbulu ayam berlumba-lumba menunjukkan diri. Rasa-rasanya Tun Mahathir dan Najib Abdul Razak sangat tahu tentang perkara tersebut kerana besar kemungkinan itu jugalah permainan mereka berdua.

Cuma yang agak kurang diperkatakan ialah, suara Rafizi Ramli dan Tony Pua tentang 1MDB nampaknya semakin sayup-sayup sedangkan Mahathir pula sekadar berpusing-pusing dalam lingkungan yang sama, dan Najib pula menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh Mahathir, biarpun jawapan-jawapannya sukar dihadam oleh para penentangnya.

Namun yang pasti ialah, GAME antara Mahathir-Najib, memang telah menjadi!

Bukan seketul batu baling dua ekor burung, bahkan banyak burung lain yang turut terkena balingan seketul batu itu.


8 comments:

  1. Game kepala otak ko, apa yang rakyat mahu sekarang Najib berundur aje demi untuk menyelamatkan Malaysia dan Najib perlulah jadi lelaki dan bukan nya dari spesis "sotong"

    ReplyDelete
    Replies
    1. ASS..WR.WB.SAYA IBU RITA TKI HONGKONG INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA MBAH GENEP,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN MBAH SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN KEBUN YANG DULUNYA SEMPAT DIGADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN MBAH GENEP,YANG MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA 4D HONGKONG KEPADA SAYA DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI NO HP: (-085-110-369-888-) MBAH GENEP JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL MBAH GENEP SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN SENDIRI..

      Delete
  2. Betul Labu... posting kepala lutut tu lah.. game ke melibatkan rakyat ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ASS..WR.WB.SAYA IBU RITA TKI HONGKONG INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA MBAH GENEP,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN MBAH SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN KEBUN YANG DULUNYA SEMPAT DIGADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN MBAH GENEP,YANG MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA 4D HONGKONG KEPADA SAYA DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI NO HP: (-085-110-369-888-) MBAH GENEP JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL MBAH GENEP SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN SENDIRI..

      Delete
  3. Najib x main undur2 ni..yg suka main mengundur tu skrg dh berdarah jubur

    ReplyDelete
  4. Bodoh. 1MDB dah boleh masuk kategori Bankrupt kalau bukan kerana tanah kerajaan yang telah disonglap oleh PM kepada 1MDB. Adakah ini PM yang amanah dan bertanggungjawab? Belum lagi dengan lain-lain masalah ekonomi negara, subsidi dibuang, bil elektrik yang tinggi, BR1M dan GST, kejatuhan nilai matawang dan kejatuhan harga sawit dan getah. Bursa saham negara mencatatkan prestasi yang paling teruk dikalangan negara Asean. Selama 6 tahun Najib menjadi PM, apakah pencapaian yang paling membanggakan yang telah dibuat????

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengalahkah pengaudit.....

      Delete
  5. Anon 1 ; 04 tu megalahkn pakar ekinomi , yg thu segalanya . Bro ni la yg di namakn seni politik , klau dh begaduh mcm nk bebunuh tp bl baik smpai blh cium mulut lg , senang cerita apa yg berlaku ni cuma najib dan tun je yg thu cerita sebenarnya

    ReplyDelete