Ucapan-ucapan Hj. Hamzah Abdullah dan Mat Sabu, lebih menjurus kepada mewujudkan kebimbangan di kalangan para penyokong PAS tentang kemusnahan parti tersebut kerana meutuskan hubungan dengan DAP serta merosakkan Pakatan Rakyat.
Paling menarik ialah apabila Hj. Hamzah Abdullah menyatakan di negara ini, rakyat seringkali ditindas oleh kerajaan yang sangat kejam di mana kerajaan dengan sewenang-wenangnya telah merobohkan kediaman masyarakat pribumi kerana gila kuasa. Hj . Hamzah juga menyatakan bangunan-bangunan yang didirikan di sekitar Sandakan adalah di atas tanah pribumi yang telah dirampas oleh kerajaan.
Mat Sabu pula memperlekehkan rakyat Malaysia yang tidak mampu menukar kerajaan dan meniru rakyat negara baju yang menukar kerajaan seperti menukar baju. Menurut Mat Sabu lagi, PAS pada tahun 1986 langsung tidak berfungsi apabila hanya menang satu kerusi. Namun pada tahun 1999, PAS telah berjaya menguasai Terengganu apabila PAS bersatu dengan DAP dan PKR.
Mat Sabu terang-terang menipu dalam isu PAS menguasai Terengganu pada tahun 1999 menerusi kerjasama dengan DAP dan PKR memandangkan PAS menang secara bersendirian di Terengganu, manakala DAP tiada wakil pun di DUN Terengganu.
Mat Sabu juga berbohong apabila menyatakan pada tahun 2008, PAS berjaya menguasai 5 buah negeri menerusi gandingan dengan DAP, walhal PAS hanya menang di Kedah dan Kelantan. Di Perak, PAS hanya menang 6 kerusi DUN dan wakilnya iaitu Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Perak setelah DAP gagal memenuhi kehendak Undang-Undang Tubuh Negeri yang memerlukan seorang lelaki Melayu beragama Islam sebagai Menteri Besarnya. Di Selangor pula, PAS hanyalah pemenang minoriti yang hanya diperlukan oleh PKR dan DAP untuk membentuk Kerajaan Negeri. PAS di Pulau Pinang pula, sekadar memenangi beberapa buah kerusi sahaja.
Di Sandakan, Mat Sabu mengambil kesempatan mengutuk dan mengeji PAS kerana telah menyingkirkannya daripada jawatan Timbalan Presiden PAS. Menurutnya, pergolakan di dalam PAS tidak dapat dielakkan lagi kerana di dalam parti itu mengandungi pelbagai pandangan yang berbeza-beza.
Sebagai seorang penganut Syiah tegar, pembohongan adalah rutin harian Mat Sabu. Di Sandakan, Mat Sabu tidak ragu-ragu untuk menipu dan berbohong. Sepanjang program di Sandakan itu, banyak perbincangan berkaitan perpecahan dalam Pakatan Rakyat yang mendedahkan ketidakpersefahaman dalam membuat keputusan antara parti PAS dan DAP telah berlaku apabila wujudnya golongan yang menentang perlaksanaan hukuman hudud di negeri Kelantan.
Dengar ceritanya pula, esok Mat Sabu akan menyertai Himpunan Al-Quds di Dataran Masjid Zahir. Program tersebut bagaimanapun, tidak mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Alor Star.
Walaupun program tersebut berselindung menerusi sokongan kepada Palestin atau lebih tepat lagi Baitul Muqaddis, hakikatnya himpunan berkenaan adalah untuk menyokong gerakan Syiah di Kedah yang dilihat sebagai kuasa utama untuk pengukuhan parti baru yang akan dibentuk selepas Aidil Fitri nanti.
Himpunan ini sebenarnya dianjurkan oleh MAPIM (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) yang mensasarkan penyertaan seramai 50,000 orang di seluruh negara.
No comments:
Post a Comment