Lim Kit Siang sekarang ini merupakan orang yang paling sibuk. Di sebalik desakan agar DAP dan Lim Kit Siang sendiri mendedahkan sumber kewangan mereka, lelaki tua yang tidak pernah memohon maaf kepada rakyat Malaysia ekoran pembabitannya dalam Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 itu, semakin rancak menjadi Iblis dan Syaitan yang cuba melaga-lagakan rakyat negara ini.
Puaka tua itu cuba menjadikan sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib Abdul Razak yang sudah pun dimatikan pada tahun 2013 sejurus selepas PRU-13, sebagai rasuah dan penyelewengan Najib Abdul Razak.
Dan rata-rata, ramai yang termakan dengan kejahatan Lim Kit Siang dengan melihat RM2.6 bilion itu sebagai satu usaha Najib melarikan wang negara untuk kepentingan peribadinya.
Ketika pendedahan dibuat, Najib tidak menafikan kewujudan wang tersebut tetapi menafikan ianya adalah wang 1MDB sebagaimana yang ditekankan oleh Rafizi Ramli, Tony Pua dan Lim Kit Siang dengan bantuan entiti antarabangsa yang diketahui mengamalkan sikap berjahat ke atas negara ini semenjak dari zaman pentadbiran Mahathir lagi.
Menariknya, hanya Najib dan UMNO-BN sahaja yang dipersalahkan dan sangat berdosa kerana menerima sumbangan dana politik tetapi DAP dan PKR tidak boleh terkesan apa-apa. Malahan keengganan dan penentangan DAP untuk menerima usul yang membolehkan SPR memeriksa sumbangan dan dana politik, langsung tidak diperkatakan.
DAP mempunyai sumber kewangan yang sangat besar. Belum pernah sekalipun DAP berani untuk mendedahkan sumber kewangan mereka itu walaupun ada masa-masanya, mereka cuba berlaku dengan fund-raising dinner yang jumlahnya tidaklah seberapa berbanding pengeluaran dan perbelanjaan untuk aktiviti-aktiviti parti itu.
Perhatikan sahaja bagaimana DAP sanggup membuat pelaburan besar dalam beberapa isu bagi memastikan kemenangan besar dan rampasan kuasa ke atas Putrajaya, terutama menerusi penubuhan SEKOLAH DEMOKRASI, mahupun penajaan Gerakan Harapan Baru yang dipimpin oleh Mat Sabu. Sebelum itu, DAP juga menaja dan mempunyai peruntukan untuk PASMA yang dipimpin oleh Phahrolrazi Zawawi, orang yang paling kuat berangan untuk menjadi Menteri Besar Kedah dan lebih terkenal sebagai PENGKHIANAT besar ke atas Allahyarham Datuk Seri Azizan Abdul Razak, bekas Menteri Besar Kedah pada era pentadbiran PAS.
DAP sanggup mengeluarkan perbelanjaan besar untuk Gerakan Harapan Baru (GHB) merampas dan menguasai PAS terutama pada pemilihan parti dua bulan lepas. Selepas kegagalan ahli-ahli GHB merampas hierarki tertinggi dalam PAS, mereka kemudian bergabung dalam GHB yang ditaja dan didanai sepenuhnya oleh DAP. GHB selepas itu berkempen siang malam untuk menghapuskan PAS sedangkan pada masa yang sama, DAP turut berkempen siang dan malam untuk menghapuskan legasi UMNO-BN.
PAS Kawasan Kluang akan mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri, hari ini di Balai Islam Haji Omar Jani, Taman Ilham, Kluang. Program-program seperti ini adalah biasa bagi PAS dan PAS juga sentiasa cuba mengelak program anjuran mereka daripada bertembung dengan mana-mana program anjuran PKR atau DAP.
Namun berbeza dengan DAP yang sudah sedia busuk hati dan jahat. Sebuah program GHB dianjurkan yang sama, pada hari dan masa yang sama dengan PAS Kluang diadakan di Pusat Komuniti Kluang, di Pusat Perniagaan Tasik, Kluang, sebuah kawasan yang bermajoritikan Cina.
Difahamkan, program tersebut diketuai oleh Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Kluang yang amat diketahui mempunyai kebencian mendalam ke atas PAS. Bekerjasama dengan Tan Hon Pin, ADUN Mengkibol yang menang dengan undi daripada ahli-ahli PAS pada PRU-13, mereka berjaya menguasai Mat Sabu dan Aminolhuda yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Johor dan ADUN PAS Parit Yaani.
GHB sebelum ini telah mengisytiharkan yang mereka akan menggerakkan kempen menghapuskan PAS bermula dari Johor. DAP juga telah mengesahkan bahawa mereka akan memperkuatkan dan menggiatkan kekuatan GHB dari Johor.
Program yang diadakan oleh GHB di Kluang merupakan antara usaha untuk menunjukkan bahawa mereka lebih popular, lebih kuat dan lebih kuat sumber kewangan dan dana berbanding PAS.
Menariknya, semua ini berpangkal kepada DAP.
Dari mana DAP memperolehi sumber kewangan untuk membiayai kegiatan-kegiatan politik GHB yang sudah tentu tidak kecil modalnya? Mengapa tiada sesiapa pun yang mempersoalkan jumlah kewangan yang digunakan oleh DAP dan puncanya berbanding Lim Kit Siang persoalkan RM2.6 bilion yang berjaya diperolehi oleh Najib dan UMNO untuk aktiviti politik mereka?