Pages - Menu

Sunday, 2 August 2015

SESB BUTA MATA: Berapa Ramai Lagi Yang Perlu Mati Kerana CURI ELEKTRIK Di Sandakan dan Seluruh Sabah?


20 Julai, anggota bomba bernama Apolos Jeremos, 25, dari Kampung Entilibon, Tongod maut ketika menjalankan tugas memadamkan kebakaran belukar apabila terkena renjatan elektrik di Taman Kenari Batu 7 di Sandakan.

Mangsa terkena renjatan elektrik daripada pendawaian yang disambung secara haram di kawasan rumah setinggan berhampiran taman perumahan itu. Dia meninggal di tempat kejadian dan meninggalkan seorang balu yang sedang hamil lima bulan.





Sandakan merupakan antara daerah yang menjadi sasaran pendatang asing untuk berkumpul, berhabitat dan membiak. Selain daripada masalah sosial melibatkan jenayah kekerasan, Sandakan juga menampilkan satu lagi masalah besar yang perlu ditanggung oleh keseluruhan rakyat Sabah dan kerajaan negeri sendiri iaitu pencurian elektrik.

Dengan kewujudan setinggan-setinggan di Sandakan yang didirikan oleh warga asing, isu mencuri elektrik selain persekongkolan orang tempatan untuk jenayah ini, dilihat seperti satu barah yang gagal ditangani oleh pihak berkuasa di Sabah.

Perbuatan mencuri elektrik telah pun mengorbankan seorang anggota bomba yang cuba menyelamatkan penduduk daripada kebakaran.




Gambar-gambar berikut dirakamkan di kampung setinggan Kampung Dato Pengiran Galpam Sandakan. Setakat ini, tiada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa mahupun SESB untuk menangani masalah kecurian elektrik yang dilakukan oleh pendatang asing.

Ada ramai yang merungut, SESB begitu pantas mengambil tindakan memotong bekalan elektrik ke rumah-rumah 'halal' apabila terlewat membayar bil, tetapi seperti buta, pekak, bodoh dan bengong apabila membabitkan kawasan setinggan dan penyambungan elektrik secara haram.

Perhatikan bagaimana wayar bumi yang berjuntaian dalam gambar yang disertakan. Masakan penguatkuasan SESB langsung tidak nampak? Takkan telinga mereka tidak mendengar rungutan daripada orang awam dan tempatan? Masakan mereka berlagak bodoh dengan konon-kononnya tidak mengetahui bahawa wayar-wayar yang melintang dan berjuntai itu adalah wayar-wayar api dalam kes penyambungan elektrik secara haram? Adakah mereka terlalu bengong dengan persepsi awam yang mengandaikan sebilangan penguatkuasa SESB mendapat bayaran cara haram daripada penduduk setinggan dan pendatang haram yang mendiami kawasan berkenaan memandangkan tiada sebarang tindakan dilakukan menangani masalah kecurian dan pembekalan elektrik haram ini?

1 comment:

  1. Orang Sabah,tolong jangan beri muka pada pendatang asing dan tali barut dari Sabah sendiri.kalau tahu sesiapa yang jadi tali barut tangkap dan ikat pada pokok beri semut api gigit.sebab itu pihak polis dan askar juga perlu berkawal di rumah setinggan ni.siapa yang tiada mykad atau pasport hantar ke pusat utk penghantaran pulang.orang mcm ni lah yang jadi tali barut dan spy utk penculik dari filipina .

    ReplyDelete