Pages - Menu

Tuesday, 8 September 2015

Guna Anjing di TESCO, Jadi Bukti Provokasi Puak Kiasu dan Ultra Chauvinist Ke Atas Orang Melayu dan Islam


Seminggu selepas BERSIH 4.0 yang menyaksikan kejayaan besar DAP mengumpulkan kekuatan Cina terbesar dalam sejarah moden Malaysia, dibantu pula oleh segelintir kecil Melayu yang bersikap khianat termasuklah daripada bekas Perdana Menteri Malaysia keempat dan anak perempuannya, orang Melayu dan Islam dicabar lagi.

Kali ini, mereka mencabar Melayu dan Islam dengan menggunakan anjing.

Anjing adalah antara haiwan najis berat atau mughallazah dalam hukum fiqh. Sejenis lagi haiwan adalah babi. Secara amalannya, orang Melayu tidak membela anjing untuk suka-suka atau menyentuh anjing secara hobi kerana menyentuh atau dijilat oeh anjing dan babi membuatkan orang Islam perlu menyamaknya semula. Menggunakan apa-apa produk daripada anjing dan babi adalah haram.


Beberapa hari sudah, viral sekeping gambar yang menunjukkan seorang wanita Cina membawa seekor anjing di dalam troli TESCO di Plentong, Johor Bahru. Anjingnya telah terkencing dan sehari kemudian, AJK Masjid Plentong, bergotong royong menyamak semua troli dan lantai TESCO.

Hari ini, sekeping gambar lagi menjadi viral. Kali ini melibatkan TESCO Ampang apabila seorang lelaki Cina dilihat membawa seekor anjing di dalam troli TESCO dengan seorang pengawal keselamatan berbangsa Nepal yang besar kemungkinan tidak peduli pun tentang larangan membawa haiwan peliharaan apatah lagi anjing ke dalam pusat membeli belah itu.

Persoalannya, adakah ini disengajakan?


Adakah sebab ianya melibatkan TESCO yang merupakan syarikat kerjasama antara Sime Darby dengan Tesco Plcyang merupakan salah sebuah GLC Kerajaan, atau untuk memberikan petunjuk bahawa Sime Darby dan kerajaan Malaysia tidak lagi berkuasa kerana saham-saham Tesco yang dimiliki oleh Sime Darby bakal dijual kepada sebuah syarikat hypermarket dari Jepun?

Atau sebenarnya perbuatan ini sebenarnya bertujuan untuk mencabar orang Islam dan Melayu yang gemar membeli-belah di Tesco sekaligus melakukan sabotaj kepada syarikat yang masih merupakan sebahagian daripada entiti kerajaan itu?

Atau mereka ini sebenarnya telah 'diarahkan' untuk mencabar dan memprovokasi orang Melayu yang bakal berhimpun pada 10 dan 16 September nanti di kawasan utama aktiviti perniagaan Cina di Kuala Lumpur iaitu Bukit Bintang dan Petaling Street?


Gambar di Tesco Ampang didakwa telah dirakamkan pada 25 Ogos tetapi dimuatnaik pada 6 September lalu.

Berbeza di Plentong, Johor Bahru di mana AJK Masjid mengambil keputusan secara sukarela untuk menyamak kesemua troli dan lantai Tesco Plentong, di Ampang pula, tiada yang mengambil inisiatif begitu.

Tesco Ampang berada di tengah-tengah kawasan penempatan bermajoriti Melayu dan terletak tidak jauh dari Kampung Pandan.

Nampaknya perbuatan ini memang sah merupakan satu perbuatan provokasi yang tidak boleh diterima walau alasan apa pun yang diberikan. Kalau dikatakan itu adalah hak dan kebebasan, seharusnya golongan kiasu tersebut perlu juga membuktikan, di bahagian manakah di dunia ini ada negara yang membenarkan haiwan-haiwan peliharaan dibawa masuk. Takkanlah mereka yang begitu pandai bercakap tiba-tiba sahaja menjadi terlalu bodoh dalam isu ini?

TESCO menyatakan, mereka akan meletakkan papan tanda besar yang melarang kemasukan haiwan-haiwan peliharaan ke dalam pasaraya mereka tetapi sesuatu juga harus dilakukan oleh TESCO iaitu seharusnya papan tanda tersebut perlu ditulis dalam BAHASA CINA YANG BESAR kerana kebanyakan pembawa anjing itu adalah ULTRA-KIASU yang TIDAK FAHAM BAHASA KEBANGSAAN TETAPI SANGAT BERBANGGA DENGAN BAHASA CINA!



No comments:

Post a Comment