Pages - Menu

Thursday, 29 October 2015

LAGI BUDAK PEREMPUAN PANTAI TIMUR BERGOCOH DAN DISEBARKAN DI FACEBOOK!



Kerana pulut santan binasa, kerana mulut, klip videonya terpampang dalam Facebook...

Gaya baru dan kaedah baru untuk menunjukkan kehebatan gadis-gadis Melayu yang tidak lagi berbaju kurung tetapi berseluar jeans dan bergocoh di tempat awam, lebih tepat lagi di atas jalan. 

Berdasarkan daripada perbualan kalut yang kedengaran dari klip video tersebut, jelas, loghat yang digunakan oleh gadis-gadis tersebut adalah dari negeri di Pantai Timur. 

Tidak begitu jelas motif pergaduhan, tetapi pada bahagian akhir klip video, remaja perempuan bernama Laila yang berbadan lebih besar, menuding muka remaja yang dibelasahnya kerana mengata kakaknya.

Suara-suara sokongan dan hasutan kedengaran jelas di belakang rakaman, menandakan, kejadian ini melibatkan kumpulan. Seorang remaja lelaki masuk campur dan akhirnya meleraikan pergaduhan tersebut. 


Semakin lama semakin hebat budak-budak perempuan di Pantai Timur.

Minggu lepas, tiga orang remaja perempuan dimasukkan ke lokap kerana mengasari dan membelasah seorang mangsa dalam satu drama perebutan seorang jantan. Mangsa dalam satu perbualan menjelaskan dia tidak bersalah dan tidak ada kena-mengena langsung dengan apa yang diperbalahkan tetapi telah dituduh mempunyai hubungan asmara dengan lelaki yang direbut oleh remaja perempuan yang mengaku mempunyai iras Neelofa dan membelasahnya sehingga patah kuku. 

Selepas ini, apa lagi klip video yang akan dipaparkan atau terpapar di media sosial?



1 comment:

  1. DNA ganas betina2 pantai timur..especially made in Kelate..yg sinonim taksub PASngok!
    Jgn nafikan ketaksuban main politik ore Kelate.. ini juga hasil 'tabiah' PASngok selama lebih 20 tahun..lahir DNA2 macam haram ini.. dabik dada kunun Islamik maki caci org lain..nah skrg Tuhan Maha Kuasa.. tunjuk satu persatu..!

    ReplyDelete