Jacel Kiram adalah anak perempuan ketua lanun Sulu yang menyerang dan membunuh 10 orang anggota keselamatan dalam Tragedi Lahad Datu pada Mac 2013. Jacel Kiram adalah jurucakap utama yang bercakap besar tentang kehebatan lanun-lanun Sulunya dan 'kejayaan' mereka menawan Sabah.
Nurul Izzah pula sudah beberapa kali memperkatakan tentang persenjataan, sistem pertahanan dan keselamatan negara di negara luar terutama sekali yang melibatkan dua buah kapal selam milik TLDM.
Gambar-gambar ini dikatakan telah dirakamkan di Filipina bertarikh 9 November 2015.
Apakah Nurul Izzah akan menyatakan, dia tidak mengenali Jacel Kiram? Atau adakah dia akan memberikan alasan, itu adalah kali pertama dia berbual dengan Jacel dan dia tidak berhasrat untuk bersikap biadap dengan menghalau Jacel?
Atau barangkali dia ingin menyatakan bahawa tiada salah untuk dia bercakap dengan Jacel Kiram selain memujuknya agar menggugurkan tuntutan ke atas Sabah bagi manfaat hubungan antara Filipina dengan Malaysia?
Yang pasti, ini adalah satu penghinaan besar kepada rakyat Malaysia, khususnya rakyat Sabah apabila pemimpin dari sebuah parti yang begitu mendabik dada kononnya mereka memperjuangkan keamanan dan kesejahteraan rakyat Sabah, bekerjasama dengan lanun-lanun Sulu yang telah menyerang dan cuba menjadikan Sabah sebagai jajahan Filipina.
No comments:
Post a Comment