Pages - Menu

Thursday, 26 November 2015

Alih Isu, Nurul Izzah Saman Ketua Polis Negara dan Menteri Ismail Sabri


Seperti mengulangi apa yang telah dilakukan oleh bapanya, Nurul Izzah bertindak menyaman Ketua Polis Negara dan Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri kononnya telah menuduhnya melakukan perbuatan khianat apabila pertemuannya dengan Jacel Kiram didedahkan.

Saman tersebut telah difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi hari ini.

Dalam kenyataannya, Nurul berkata, Khalid dan Ismail telah menuduhnya menjadi pengkhianat dan melakukan kesalahan jenayah serius.

Peguamnya, N.Surendran pula berkata, tuduhan yang Nurul Izzah melakukan perbuatan khianat adalah 'mengarut'.

Tiada tuntutan maaf dibuat oleh Nurul Izzah sebaliknya hanya saman fitnah. Kata peguamnya, tuntutan saman fitnah itu jauh lebih sesuai memandangkan tuduhan Nurul Izzah adalah seorang pengkhianat, amat berat dan tidak boleh diterima.

Bagaimana pula dengan pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram? Bagaimana pula dengan perbincangan antara mereka? Bagaimana pula dengan alasan kononnya Nurul Izzah tidak kenal siapa Jacel Kiram dan langsung tidak tahu tentang pembabitan Jacel Kiram dalam serangan lanun-lanun Sulu Mindanao ke atas tanah Sabah? Bagaimana Nurul Izzah tidak tahu tentang tuntutan Jacel Kiram yang sedang mencari-cari kedudukan sebagai Senator di Filipina ke atas Sabah?

Untuk rekod, pada 22 November, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar berkata, Nurul Izzah akan dipanggil untuk diambil keterangannya sekiranya terdapat pihak-pihak tertentu di negara ini yang bersekongkol dengan serangan ke atas Lahad Datu pada tahun 2013. Nurul Izzah besar kemungkinan akan disiasat di bawah SOSMA.

Hari yang sama, Ismail Sabri berkata di dalam sebuah majlis, Nurul Izzah mungkin telah melakukan kesalahan khianat apabila bertemu Jacel Kiram.

"Dia telah mengguris perasaan keluarga dan sanak saudara mereka yang terbunuh dalam serangan Lahad Datu," katanya.

Nurul Izzah telah memohon maaf berhubung penyiaran gambar-gambar tersebut yang telah dimuatnaik oleh Jacel Kiram di Facebook peribadinya.

Sementara itu, dalam perkembangan terkini, DUN Sabah telah meluluskan usul menghalang Nurul Izzah dan Tian Chua daripada menjejakkan kaki ke Sabah.


Antara usul lain di DUN Sabah tadi adalah:

1. ESCOMM dipertingkatkan.
2. Nurul Izzah dan Tian Chua dilarang menjejakkan kaki di bumi Sabah kerana bertemu dengan musuh negara, Jacel Kiram di Manila.
3. Siasatan dilakukan terhadap Nurul Izzah dan Tian Chua dan diambil tindakan undang-undang.
4. Mana-mana pihak yang bersekongkol dengan pengganas Kiram yang menceroboh Sabah, diharamkan masuk ke Sabah.

Hasil undi Belah Bahagi untuk meluluskan usul-usul di atas adalah seperti berikut:

MENYOKONG - 47
MENENTANG - 0
BERKECUALI - 3

No comments:

Post a Comment