Pages - Menu

Monday, 30 November 2015

APA Masalah KU NAN Ni? Kenapa Dia Jadi Kalut Sangat?


Minggu lepas, Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Mansor menggemparkan media apabila menyatakan, persidangan kali ini akan dibuat secara tertutup dan tiada sebarang media dibenarkan membuat liputan. Layar besar di luar dewan juga tidak akan dipasang.

Maka bergegarlah kemarahan dan ketidakpuasan terutama para penggiat media dari kalangan pro-UMNO sendiri.

Beberapa hari kemudian, Ku Nan dalam kesimpulan 'U-Turn' memberitahu, ia hanyalah cadangan dan belum diputuskan lagi.

Belum reda cerita tentang media tidak dibenarkan membuat liputan persidangan UMNO, timbul pula satu berita yang lain. Ku Nan mengeluarkan kenyataan bahawa dalam persidangan kali ini, hanya Presiden sahaja yang akan berucap, manakala para perwakilan yang lain pula, sekadar mendengar.

Dalam tempoh tidak sampai seminggu persidangan UMNO akan dibuat, Setiausaha Agung UMNO pula kelihatan meracau seperti tersampuk hantu nenek kebayan.

Kenapa Ku Nan diserang penyakit flip-flop yang sangat teruk?

Perlu diingat, orang awam beranggapan jawatan Setiausaha Agung UMNO adalah lantikan oleh Presiden. Setiausaha Agung UMNO yang flip-flop bermakna Presiden gagal mengenalpasti para pembantunya untuk mengurus dan mentadbir parti mengikut keperluan ahli-ahli parti.

Persoalan besar, mengapa hanya dalam tempoh yang terlalu singkat ini, tiba-tiba sahaja pelbagai perubahan diumumkan?

Apa yang panik sangat?


5 comments:

  1. Ku Nan memand sibuk sehingga persoalan mengenai projek rumah mampu milik di Dato Keramat pun masih tak terjawab

    ReplyDelete
  2. Dah kalo presiden pun asyik dengan "elegant silence"nya, buatpe nak salahkan kuli dia. Bila ketua lemah dan penuh kontroversi, anak2 buah pun kelam kabut la dibuatnya. Kalo ketua kuat dan konsisten, anak2 buah pun takde la dok kalut tak tentu arah.

    Najib, your time is up!!!

    ReplyDelete
  3. HAHAHA PAKAT PAKAT JADI GILA IMDB PUNYA PASAL

    ReplyDelete
  4. Kenan . ..kau ambil kain pelikat dan masukkan najib dgn kau dan kau buat mesyuarat dlm kain lagi senang.atau kau kafankan umno saje. .

    ReplyDelete
  5. Memang umno dah gila...lebih baik kafankan sahaja umno

    ReplyDelete