Pages - Menu

Tuesday, 17 November 2015

Fitnah RUMAH AGAM Jamil Khir Baharom, Menunjukkan Terdesaknya Kartel-Kartel Pajak Gadai dan Emas Penyokong DAP Untuk Bunuh YAPEIM


Selama ini, perniagaan melibatkan emas dan pajak gadai dibolot oleh suatu pihak semata-mata. Perniagaan dan industri tersebut langsung tidak boleh disaingi oleh sesiapa pun, kerana amalan tutup pintu, selain monopoli yang sangat kuat.

Sebagai contoh, mana-mana kedai emas yang menawarkan harga emas lebih rendah, pasti akan dikenakan tindakan boikot, malah lebih teruk lagi diugut dan menerima pelbagai cemuhan. Harga emas mesti mengikut harga yang telah ditetapkan oleh persatuan yang ahli-ahlinya adalah pemain-pemain konvensional yang berstatus besar dan gah.

Mereka inilah yang memainkan harga emas di pasaran, manakala pemain-pemain kecil pula, perlu ikut telunjuk mereka.

Begitu juga dengan pajak gadai.


Pajak Gadai Islam atau Ar-Rahnu masih baru di negara ini. Jual belinya adalah berdasarkan harga emas semasa, bukannya bersandarkan kepada tawaran oleh penerima pajak seperti yang biasa kita tengok di pajak-pajak gadai Cina!

Sekarang ini, lebih ramai yang menggunakan khidmat pajak gadai Islam untuk mendapatkan modal tanpa perlu ditipu lagi kerana upah simpanan yang lebih rendah serta tarikh luput yang lebih anjal selain keuntungan lelongan yang diperolehi semula, tidak lelap begitu sahaja.

Dengan 220 buah Ar-Rahnu YAPEIM di seluruh negara, tidak termasuk lagi Ar-Rahnu Bank Rakyat, keadaan semasa pajak gadai konvensional memang sangat terjejas. Begitu juga dengan perniagaan emas, apabila YAPEIM sedang mengembangkan sayap perniagaannya menerusi penghasilan emas jongkong YAPEIM dan barang-barang kemasnya sendiri.


Secara tidak langsung, dengan harga yang lebih rendah berbanding penawaran oleh kedai-kedai emas besar sedia ada, termasuklah pengeluar-pengeluar jongkong emas seperti Public Gold dan sebagainya, persaingan sengit sedang diberikan oleh YAPEIM kepada penawaran konvensional.

Justeru, perlu ada sesuatu yang dilakukan untuk menghentikan atau mengurangkan kepercayaan kepada badan-badan seperti YAPEIM. Sekaligus menggagalkan persaingan seperti yang dilakukan dalam industri daging halal apabila kartel-kartel berjaya menggunakan Rafizi Ramli untuk menghapuskan NFCorps atas nama penyelewengan dana awam.

Nak serang terus Ar-Rahnu Yapeim, Emas Yapeim atau Yapeim Mart, nampak sangat maksud serangan yang menggunakan muka Akmal Nasir. Jadi, terpaksalah menggunakan helah penyelewengan dalam maksud mencetuskan rasa tidak percaya kepada YAPEIM selain mempertikaikan sumbangan jariah dengan gambaran ianya telah diseleweng dan dijolikan.


Maka, serangan perlu dibuat ke atas Menteri dan YAPEIM secara individu tanpa menyentuh teras perniagaan dan pendapatan YAPEIM. Bila sudah terlalu sibuk bercakap tentang penyelewengan tersebut, maka secara tidak langsung, maksud untuk menamatkan persaingan kepada kartel-kartel konvensional akan tercapai.

Terbaru, Jamil Khir Baharom diserang lagi menerusi pemilikan sebuah rumah agam yang terletak di Kampung Batu Muda, Batu Caves.

Dengan menyiarkan gambar rumah tersebut, persepsi dicipta kononnya, Jamil Khir telah menggunakan wang YAPEIM untuk membina rumah agam tersebut sekaligus menyalahgunakan kedudukannya sebagai Menteri dan pelindung YAPEIM.

Hakikat sebenar, rumah tersebut telah dibeli daripada lelongan pada tahun 1994 iaitu sebelum Jamil Khir terlibat politik dan masih di dalam perkhidmatan angkatan tentera Malaysia dengan pangkat Major, langsung tidak disebut. Hakikat bahawa rumah dibuat penambahbaikan secara berperingkat-peringkat dan beransur-ansur yang telah memakan masa bertahun-tahun lamanya, juga langsung tidak disebut. Begitu juga dengan bahan-bahan pembinaan yang dibeli sendiri oleh Jamil Khir dengan pembinaan menggunakan tenaga kerja buruh asing tanpa menggunakan khidmat kontraktor, juga tidak disebut atau disentuh.

Persepsi mudah dicipta dan mudah juga dipercayai. Dalam hal ini, persepsi untuk memalukan Jamil Khir Baharom, tidak sahaja terhenti pada tubuh badan dan integritinya, tetapi juga ke atas YAPEIM dan teras perniagaannya.

Dan serangan ke atas YAPEIM melibatkan Akmal Nasir NOW sebenarnya mempunyai M.O yang sangat serupa dengan serangan ke atas NFCorps oleh Rafizi Ramli dalam usaha melindungi kepentingan perniagaan puak-puak tertentu.


1 comment:

  1. Dia kata ni bukan umah dia, ni umah datuk zakaria manantah.

    ReplyDelete