Maka tidak hairanlah mengapa bersungguh-sungguh Nurul Izzah cuba menyelewengkan fungsi dan tugasan cabang-cabang dalam PDRM selepas pendedahan hubungannya dengan Jacel Kiram diketahui ramai.
Tidak hairanlah juga mengapa dia begitu memusuhi badan perisikan negara cabang PDRM kerana kebimbangannya yang segala gerak-gerinya di luar negara, khususnya dengan kumpulan yang mengancam keselamatan negara ini, diketahui dan tindakan diambil.
Ada desakan untuk Nurul Izzah meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai. Ada juga cadangan dan desakan agar Nurul Izzah tidak dibenarkan memasuki dan memijak tanah Sabah lagi?
Gambar-gambarnya bersama dengan Jacel Kiram dalam kempen membebaskan bapanya, terlalu banyak mempunyai persamaan dengan 'SABAH SUDAH HILANG', pertemuan Anwar Ibrahim-Nur Misuari, pertemuan beberapa orang pemimpin PKR ke Filipina dua hari menjelang serangan Sulu ke atas Tanduo dan terbaru rancangan serangan pengebom berani mati di Sabah dan Kuala Lumpur seperti yang didedahkan oleh Ketua Polis Negara.
Tempoh dan tarikh-tarikhnya terlalu dekat dan kebetulan tersebut sangat mencurigakan!
No comments:
Post a Comment