Namun apa yang berlaku di DUN Sabah semalam, seharusnya menjadi penanda aras kepada PKR terutama kepada Azmin Ali, Wan Azizah, Rafizi dan Lim Guan Eng. Mereka seharusnya memberikan jawapan kepada apa yang berlaku di DUN Sabah.
Terdapat 60 orang ADUN di Sabah.
47 daripada mereka adalah dari BN. Kesemua mereka telah mengundi mengharamkan Tian Chua dan Nurul Izzah menjejakkan kaki ke Sabah kerana kedua-duanya telah bertemu Jacel Kiram.
Tiada seorang pun yang mengundi menentang usul tersebut.
3 orang BERKECUALI iaitu Wilfred Bumburing (bekas PKR), Jeffrey Kitingan (STAR) dan Edwin Bosi (DAP).
5 orang berjalan keluar sebelum proses pengundian dijalankan dan mereka tidak mengundi.
3 dari PKR iaitu Christina Liew, Roland Chia dan Terence Siambun
2 dari DAP iaitu Chan Foong Hin dan Junz Wong
5
4 ADUN BN
Pengerusi PKR Sabah, Lajim Ukim.
DAP juga perlu menjelaskan mengapa, pengharaman Tian Chua dan Nurul Izzah tidak mendapat perhatian daripada ADUN-ADUN DAP. Sedangkan dari semasa ke semasa, Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP menyalak mengatakan DAP sentiasa bekerjasama dengan PKR.
Apakah dalam isu Nurul Izzah-Jacel Kiram, DAP tidak menyokong?
Atau DAP takut kehilangan sokongan daripada rakyat Sabah kepada parti itu sekiranya mereka sebulat suara mengundi 'TIDAK' kepada usul mengharamkan Nurul Izzah dan Tian Chua menjejakkan kaki ke Sabah?
Atau dengan kata lain, DAP lebih pentingkan undi berbanding memandang berat keselamatan negeri Sabah dan rakyatnya daripada ancaman musuh?
No comments:
Post a Comment