Ketua Polis Negara itu menyeru rakyat Sabah, terutama sekali yang tinggal di pantai timur negeri tersebut untuk kerjasama kepada polis, selain memberi amaran bahawa sesiapa ang diketahui menjadi talibarut dalam jenayah tersebut, akan berhadapan dengan tindakan undang-undang yang serius.
"Selagi ada musuh dalam seliut, pantai timur Sabah tidak akan sepenuhnya aman. Tanggungjawab kita adalah untuk mengenalpasti mereka dan mengambil tindakan.
"Kita tidak akan membiarkan mereka terus wujud di kalangan kita. Sekiranya mereka mahu tinggal di Sabah dalam keadaan aman dan harmono, mereka perlu setia kepada negeri dan negara ini serta bekerjasama dengan kita untuk memastikan negeri dan negara ini aman," kata Khalid.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman sebelum ini dilaporkan berkata, penculikan di restoran makanan laut terkenal Sandakan, Ocean King pada Mei tahun ini - serangan terbaharu - adalah hasil daripada kerja dalam.
Insiden tersebut menyaksikan pengurus restoran, Thien Nyuk Fun, 50, dan pelanggannya, Bernard Then, 39, telah dilarikan ke selatan Filipina sebagai tebusan. Thien kemudiannya dibebaskan pada 8 November manakala Then pula telah dibunuh dan kepalanya dipenggal pada Selasa lepas.
Polis masih cuba mengenalpasti mayatnya menerusi ujian DNA.
Khalid berkata, polis sentiasa berusaha menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan penduduk tempatan terutama sekali di pantai timur Sabah.
"Setiap hati, kita mempunyai program bersama komuniti untuk berkongsi maklumat, membina keyakinan dan kerjasama dengan awam. Itulah sebabnya saya meminta semua memberikan kerjasama kepada kami untuk menangani masalah ini," katanya.
Khalid yang berada di Sabah hari ini untuk menyampaikan pingat kehormat kepada anggota-anggota polis yang telah berkhidmat sewaktu Ops Daulat berkata, kumpulan-kumpulan militan di selatan Filipina sentiasa mensasarkan Sabah untuk aktiviti penculikan rentas sempadan mereka memandangkan itu adalah punca pendapatan utama mereka.
"Kita sentiasa dalam keadaan bersedia. Tahun ini sahaja, kita berjaya menghalang sekurang-kurangnya lapan cubaan menceroboh dan memasuki Sabah untuk menculik lebih ramai tebusan. Mereka sentiasa mencari peluang," katanya lagi.
Khalid juga berkata, polis sentiasa berjaga-jaga dengan ancaman Abu Sayyaf yang bekerjasama dengan Islamic State (IS) di wilayah ini dan akan menggunakan pendekatan sama untuk semua kemungkinan aktiviti keganasan. (SUMBER)
No comments:
Post a Comment