Media telah mendedahkan pelbagai kemiskinan dan keperluan umat Islam dengan bantuan zakat, tetapi alasan-alasan yang seringkali diberikan oleh pihak berkenaan ialah mereka tidak kecukupan kakitangan, bahkan menyalahkan pula pihak pemohon dan orang ramai yang enggan bekerjasama dengan mereka walaupun beberapa persoalan, terutama sekali kegagalan mereka menjejak dan mencari asnaf berbanding media, terus ditimbulkan.
Di sebalik segala kelemahan tersebut, nampaknya tiada banyak 'kemajuan' yang dicapai membabitkan pembahagian zakat kepada asnaf dan prestasi pekerja-pekerja pusat pengagihan zakat sendiri.
Namun, berbanding pembahagian wang zakat kepada 8 asnaf yang digariskan oleh Allah Taala menerusi al Quran, cara mengutip zakat pula, dilakukan dengan cara yang amat kreatif dan efektif.
Zakat adalah salah satu Rukun Islam yang wajib dibayar oleh umat Islam. Tidak digariskan dan diwajibkan oleh Allah Taala agar pembayaran zakat dilakukan kepada badan yang dilantik oleh kerajaan, sebaliknya, Allah Taala menyatakan bahawa 8 asnaf termasuklah amil iaitu tukang kutip wang zakat, adalah golongan yang berhak menerima zakat dengan kadar, haul dan hisab yang telah ditetapkan. Zakat juga tidak tertakluk kepada wang ringgit yang merangkumi zakat pendapatan, fitrah, harta, perniagaan, wang simpanan, saham/bon dan kwsp, tetapi juga melibatkan harta, emas perak, tanaman dan ternakan, ma'adin, kunuz dan rikaz.
Berbanding kreativiti pusat pungutan zakat dalam hal mengutip zakat, setakat ini, tidak terlibat sebarang kreativiti pusat pengagihan zakat menjalankan kerja mereka. Dari semasa ke semasa berita tentang kemiskinan dan perlunya bantuan zakat oleh umat Islam, malah asnaf gharimin yang paling banyak terabai, tidak dikemaskini dan dibaikpulih.
Sampai bila hanya kreativiti membabitkan pungutan sahaja yang akan dipamerkan, tetapi kelompangan terhadap pengagihan diabaikan?
Dan sampai bila konsep sebenar zakat yang tidak berteraskan keuntungan dan pulangan dari segi kewangan akan menyerap dalam sel-sel otak setiap orang yang menguruskan dana umat Islam yang diwajibkan oleh Allah Taala itu?
Takkan kreatif dan kebijaksanaan hanya dalam bentuk mengutip sahaja, tetapi dalam bab membahagikannya tersangat dungu dan daif?
Mungkin duit gaji buta sedaaaapp
ReplyDeletejwpan pusat zakat senang je.."kami x kan bg berbentuk tunai..tp dlm bntuk bntuan pniagaan ctohnya spy penerima zakat bdikari." Mslahnya rumah asnaf tu pun da nk roboh..nak pi mohon zakat pulak byk prosedur,ada rezeki dapatlah,kalo xde terkangkang ..yg senang hati pgwai ppz..
ReplyDeleteFatwa byr direct pd asnaf berdosa tapi zakat sah.ppz dpt wahyu direct kut.tp tang bahagi pada asnaf hampeh
ReplyDelete