Pages - Menu

Monday, 14 December 2015

Jangan AKSYEN Sangatlah Wahai PAS... PAS Pun Tak Sekuat Mana



Seperti biasa, apabila ada ura-ura 'hulur salam perdamaian' dan kerjasama antara UMNO dan PAS, maka akan muncullah cerita-cerita yang selalunya membuatkan kita naik menyampah pulak dengan pihak-pihak tertentu daripada kedua-dua belah pihak.

Lebih-lebih lagi dari pihak PAS.

Dari kem UMNO, terutama yang taksub Mahathir-YTL, segera membuat teori bahawa masa kejatuhan Najib sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi. Justeru, Najib tidak ada cara lain kecuali mencari dan menggapai tangan PAS untuk berpaut bagi membolehkan dia terus bernafas dan berjawatan Perdana Menteri. Sekaligus menyelamatkan UMNO.

Dan kata mereka, Mahathir semasa 22 tahun pentadbirannya tidak pernah bekerjasama dengan PAS atau mana-mana parti pembangkang walaupun Mahathir sendiri semasa berkonfrontasi dengan Tunku Abdul Rahman dan Abdullah Badawi menggunakan pentas PAS untuk berceramah dan mengumpulkan sokongan.

Bagaimanapun, kita tidak membicarakan tentang reaksi kumpulan fraksi dalam UMNO kerana seperti sudah sedia maklum, yang beria-ia sangat 'berjuang' untuk menggulingkan Najib sebenarnya mempunyai pelbagai masalah mereka yang tersendiri. Dari masalah kehilangan dan gagal memperolehi kontrak seperti yang berlaku kepada Khairuddin Abu Hassan, permintaan tidak ditunaikan, mahupun untuk menonjolkan mempunyai masalah yang berkaitan kewangan dan kedudukan dalam parti.

Dan ia juga berlaku kepada mereka yang beria-ia mengampu serta menjilat Najib Abdul Razak juga!

Yang kita perkatakan sekarang adalah sikap yang ditunjukkan oleh beberapa orang pemimpin PAS terutama sekali PAS dari Selangor yang sedang bersusah payah mempertahankan kedudukan mereka dalam Kerajaan Negeri Selangor serta Tuan Ibrahim Tuan Man yang masih tidak sedar-sedar lagi bahawa PAS sebenarnya sedang berhadapan dengan krisis keyakinan yang lebih besar berbanding UMNO.

PAS sekarang ini hanya menguasai 14 kerusi Parlimen berbanding UMNO yang menguasai lebih 80 kerusi Parlimen sekalipun beberapa orang Ahli Parlimen UMNO yang ada sekarang keluar meninggalkan parti.


Daripada 20 kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU-13 lalu, 6 daripada mereka telah keluar dan menyertai Parti Amanah Negara. 14 orang lagi Ahli Parlimen (tidak termasuk ADUN) hanya menunggu masa dan ketika, terutama pada PRU akan datang untuk menyertai PAN seandainya DAP yang merupakan pembiaya utama parti pimpinan Mat Sabu itu bersetuju untuk menawarkan imbalan yang lebih menarik.

Parti Amanah Negara sudah pun menyatakan bahawa di mana PAS bertanding, mereka akan meletakkan calon. Mereka tidak sahaja akan melawan calon-calon UMNO tetapi juga akan melawan calon-calon PAS.

Sekaligus menunjukkan betapa terdesaknya PAS untuk mempertahankan kerusi-kerusi yang dimiliki sekarang, memandangkan hampir kesemua tokoh-tokoh popular mereka dari tahun 1998-2015 sudah pun berada dalam saf kepimpinan utama Parti Amanah Negara.

Dan hampir kesemua Ahli Parlimen PAS di Selangor sudah pun berpindah ke PAN walaupun sebilangannya masih lagi menyorok-nyorok dan mengekalkan keahlian PAS mereka.

Sebenarnya yang tidak mempunyai sebarang peluang dan hampir sangat untuk pupus serta kalah teruk adalah PAS berbanding UMNO yang masih mengekalkan status quo walaupun beberapa orang pemimpin atau Ahli Parlimen UMNO dilihat menentang Najib selaku Presiden UMNO.

Sikap sombong yang ditunjukkan oleh PAS sekarang ini hanya akan memusnahkan peluang PAS sendiri walaupun pada masa yang sama, beberapa orang pemimpin UMNO mendedahkan telah wujud 'kerjasama dalam gelap' antara UMNO dengan PAS semenjak dua tahun lepas.


Namun dua tahun yang bakal mendatang jauh lebih penting kepada PAS berbanding UMNO yang masih memegang kuasa dan penguasaan ke atas kerusi-kerusi Parlimen.

Dengan DAP dan PKR yang sedang mempermain-mainkan PAS, selain kegusaran yang ditunjukkan oleh DAP tentang kerjasama antara PAS dan UMNO, seharusnya para pemimpin PAS jauh lebih bijak mengenalpasti dan menggunakan peluang untuk membenarkan PKR dan DAP di bawah telapak kaki mereka, bukannya terus bertindak seperti macai sepertimana yang telah mereka lakukan selama ini.


2 comments:

  1. Parti islam paling sombong dlm dunia..lg sanggup berkawan ngan dap dr umno..dah pernah kerjasama dap dulu tp pecah juga skrg kwn blk ngan dap pecah juga..tp peliknya dah kena kencing dap pun msh blh terima dap jg sbg kwn..ngan umno sekali berpisah dendam bawa sampai kubur...bullshit la pas..umno pun xpyh la kwn ngan parti berlagak sombong ni..bagus juga pan wujud biar pas sendiri..klu rasa hebat sgt pas tanding la semua parlimen nanti kut kut blh menang..klu tanding 60 kwsn ja camana nak perintah msia..kena jg kwn dap nanti..pastu buatla undang2 islam dgn sokongan dap..pasti dap akan setuju undang2 pas nanti berbanding umno..haprak punya parti..

    ReplyDelete
  2. Betul tu....PAS ni lebih suka jadi balci atau pak sanggup pada DAP.kalau dengan UMNO tu....jeling pun tak nak tapi kalau dengan DAP berpeluk sakan. Sebb itu Allah balas perbuatan PAS ni dulu kata UMNO kafir dah tu doakan UMNO KO....tapi rupanya mereka yang KO berpecahbelah....macam tu pun nak berlagak.....lantak lah...mereka lupa mereka ingat dengan kesombongan mereka pada UMNO mereka berjaya ...sebenarnya mereka lagi terlingkup dan terhumban jauh ke gaung ......Allah tu Maha Adil....kau angkuh ..kau sombong macam perangai Iblis laknatullah yang Allah laknat sampai hari kiamat.

    ReplyDelete