Pages - Menu

Thursday, 10 December 2015

KTM SUDAH GILA! TAMBANG KANAK-KANAK 7 TAHUN SAMA KADAR DENGAN DEWASA!



Adakah ianya satu kesilapan?

Atau adakah ianya satu sabotaj?

Atau ianya merupakan satu tindakan bodoh, desperado dan sombong bodoh?

Ketika Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berapi-api marah dengan kenaikan segala kadar termasuklah tambang, di luar PWTC, KTM pula membuat keputusan untuk menyamakan tambang kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas dengan kadar tambang dewasa.

Di mana-mana negara di seluruh dunia, amalan yang sudah biasa dilakukan adalah

- Bawah 3 tahun, tambangnya adalah PERCUMA
- 3 sehingga 11 tahun tambangnya adalah kurang 50% berbanding tambang dewasa
- Atas 11 tahun, tambangnya baru sama dengan tambang dewasa.


Nampaknya KTM telah mengenakan polisi yang sama sekali bertentangan dengan amalan biasa di seluruh dunia.

Mengapa agaknya KTM tidak mengenakan tambang yang berbeza kepada warga asing berbanding rakyat tempatan sebaliknya memaksa tambang yang sama kepada kanak-kanak di bawah usia 11 tahun dengan kadar tambang biasa apatah lagi, warga asing merupakan pengguna KTM komuter paling ramai berbanding rakyat tempatan?

Siapakah pegawai KTM yang membuat keputusan yang sangat 'HEBAT' ini?

1 comment:

  1. jom kita cari pegawai KTM yang buat keputusan sangat HEBAT tu. kalau dah jumpa kita pakat2 jentik telur dia. mana tahu, lepas telur senak baru sedar dari mengelamun....

    ReplyDelete