Pages - Menu

Tuesday, 22 December 2015

PTPTN Oooo PTPTN... Habis Gaji Kau Potong Yer?



Meminjam memang sedap.

Apa-apa sahaja syarat yang diberikan, semuanya sanggup dan boleh main angguk saja. Tak pedulilah masalah yang bakal mendatang, melainkan sanggup sahaja asalkan pinjaman yang dipohon diluluskan dan matlamat pun tercapai.

Tetapi sudah menjadi adat, ramai yang pandai meminjam, tetapi tersangat kurang pandai nak membayarnya semula. Apatah lagi terdapat pula kata-kata semangat, kononnya pertukaran kerajaan memerintah di negara ini akan memansuhkan kesemua hutang-hutang membabitkan rakyat.


Sedap didengar, tetapi hakikatnya ia tidak akan berlaku walaupun beratus kali kerajaan bertukar di negara ini kerana sistem yang ada, memang begitu. Setiap pinjaman perlu dilunaskan walaupun sekecil mana. Sama ada dikuatkuasakan pungutan kembali atau tidak, bergantung kepada budi bicara. Hakikatnya, menjadi tanggungjawab si peminjam untuk membayar kembali pinjamannya.

Kebelakangan ini, isu membabitkan PTPTN menjadi viral dan hebat diperkatakan. Sebabnya ialah tindakan PTPTN yang membuat potongan kronik sehingga menyebabkan si peminjam tiada baki yang mencukupi untuk meneruskan hidup.


Dengar seperti kejam sangat. Apatah lagi si bekas peminjam yang terkena 'getah' itu melenting seolah-olah mereka tidak melakukan sebarang kesalahan dan akhirnya telah dizalimi. Malah ada pula yang menggambarkan seolah-olah mereka telah dipaksa untuk menerima pinjaman PTPTN walaupun bukan rahsia lagi bahawa

Tetapi...

Isu membabitkan peminjam enggan membayar pinjaman PTPTN bukannya isu baru. Semenjak Pakatan Rakyat yang diketuai oleh PKR mencipta retorik kononnya pendidikan di negara ini harus percuma dan bayaran kembali PTPTN perlu dilupuskan, semenjak itulah, ramai yang terpengaruh dan beranggapan pinjaman mereka boleh dilupakan begitu sahaja.


Ramai yang enggan membayar pinjaman PTPTN mereka kembali. Ada yang bayar secara suka-suka hati. Ada yang langsung tidak peduli dan beranggapan, mereka akan terselamat walaupun nama mereka disenarai hitamkan.

Apatah lagi PTPTN pula sekadar menghantar surat dan memberi peringatan tetapi tidak mengambil tindakan sewajarnya kerana ketiadaan BERPUSAT terutama sekali yang membabitkan tenaga kerja.

Kecuali yang bekerja dengan kerajaan dan badan-badan berkanun, yang bekerja di sektor swasta, PTPTN seperti hilang jejak sehingga akhirnya menjejaskan pemohon-pemohon pinjaman baru yang mengharapkan PTPTN untuk meneruskan pengajian mereka.


Walau apa pun, potongan drastik dan kronik sebegitu, sebenarnya mendatangkan masalah yang lebih besar kerana ia bukan sahaja menggambarkan kelemahan PTPTN sendiri untuk memungut kembali wang yang telah dipinjamkan, tetapi juga pengurusan yang tidak cekap yang wujud di negara ini.

Sepatutnya ada penambahbaikan dan penyelarasan membabitkan PTPTN dan LHDN mahupun Kementerian Tenaga Kerja dan yang berkaitan. Setiap tenaga kerja di negara ini, perlu berada dalam senarai pangkalan data, sekaligus mengurangkan kerja-kerja di atas kertas dan tenaga kerja yang lebih ramai.


Apa yang berlaku sekarang ialah, kita cukup hebat dengan dasar dan polisi tetapi kelemahan amat ketara dalam perlaksanaan.

Kerana kelemahan perlaksanaan itulah yang menyebabkan pelbagai masalah timbul, termasuklah PTPTN, GST, kawalan harga dan sebagainya.

Bila dah kena serang bertalu-talu, barulah terkelam-kabut nak cari jawapan, sedangkan kalau persediaan dibuat lebih awal, terutama sekali membabitkan para pegawai kerajaan yang bijak-bijak di atas sana, tentu masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat sekarang ini, tidak menjadi barah yang bakal meletup pada bila-bila masa sahaja.

Barangkali mereka di atas sana cuma pandai memberikan dan memikirkan alasan yang perlu digunakan untuk melindungi diri sendiri.


2 comments:

  1. ptptn staff ni kdg2 kerja mcm penjawat awam..patut ikut cara mcm mana bank kerja kutip hutang x berbayar...baru dia org takut kalu x bayar hutang....

    ReplyDelete
  2. Sebab tu jangan senang senang nak masuk kolej itu kolej ini ......kepada lepasan SPM masuk je tingkatan 6 ....ni kecik kecik dah suruh berhutang...kalau kamu nak tahu..bebudak yang masuk tingkatan enam ni ramai dari bangsa cina dan india sebab mereka tahu maduk tingkatan 6 .sama macm diploma dan memang ada tempat di universiti swasta atau awam...jadi bila nak sambung belajar kat universiti untuk ijazah barulah pinjam PTPTN taklah banyak nak kena bayar....ini pengalaman anak sedara saya dan anak saya sendiri...anak sedara lepas SPm masuk kolej buat diploma 3 tahun pinjam Ptptn...sekarang dah habis kena bayar dalam rm 20 ribu....nasib dah kerja saya pesan bayar walau sikit....cerita anak saya...lepas spm masuk tingkatan 6..... Tak pinjam apa sekarang..dah buat degree di universiti swasta....Alhamdulillah saya masih boleh bayar..tak nak meminjam....jadi fikirlah jangan mudah nak masuk kolej....kalau tak berduit elok masuk tingkatan 6.

    ReplyDelete