Pages - Menu

Monday, 7 December 2015

SHAFIE APDAL JATUH KE LAUT... Tanda Memang Tak Buat Kerja Walaupun Berjawatan Dalam Kerajaan Dan Parti



Terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saya apabila berita tentang saya terjatuh ke dalam laut apabila jeti yang kami lalui runtuh tersebar.

Alhamdulillah saya selamat dan tiada sebarang kecederaan dan terima kasih semua atas doa dan semoga Allah SWT merahmati kita sepanjang masa.

Adalah menjadi kebiasaan apabila saya pulang ke kawasan untuk hadir ke program-program yang telah diatur, ramai yang mengiringi perjalanan saya.

Kebetulan struktur jeti tersebut tidak berapa kukuh untuk menampung semua orang dalam satu-satu masa.

Tidak lama dulu, memang menjadi amalan saya untuk melawat kampung-kampung dan cuba membantu dan melengkapkan mana-mana keperluan penduduk kampung yang sentiasa perlukan perhatian.

Masih banyak lagi keperluan orang-orang kampung di luar bandar khususnya yang perlu bantuan serta perhatian serius kerajaan.

Sehingga ke saat ini pun, saya masih lagi dan akan terus melawat kampung-kampung terutama di kawasan Parlimen saya untuk terus mendengar, membantu dan menyelesaikan apa juga masalah yang dibangkitkan yang memerlukan perhatian serta tindakan segera.

Dalam masa yang sama, sama-samalah kita berdoa agar Malaysia terus maju membangun dan sentiasa dilindungi Allah SWT.

- Shafie Apdal Official

Sebelum rombakan kabinet, Shafie Apdal adalah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Shafie Apdal adalah Ahli Parlimen Semporna untuk beberapa penggal. Kawasan Semporna merupakan antara kawasan luar bandar yang mempunyai banyak potensi khususnya pelancongan, apatah lagi terdapat beberapa pulau-pulau pelancongan yang mempunyai hotel dan chalet mahal, bukan milik Bumiputera yang sering mendapat perhatian dunia.

Semporna juga merupakan salah satu kawasan yang menjadi sasaran serangan militan Kiram pada tahun 2013.

Walaupun Shafie Apdal memberikan alasan, terlalu ramai yang mengikutnya atau menggiringnya sehingga runtuh jeti yang dilalui, hakikatnya ialah pembangunan di kawasan berkenaan, sepatutnya diberikan perhatian. 

Tidak guna ada Ahli Parlimen atau Wakil Rakyat yang kedatangannya perlu disambut dan digiring, atau dibawa ke tempat-tempat terbaik yang boleh menyedapkan mata dan telinga, tetapi rakyat yang hidup sehari-hari, melalui kehidupan yang penuh jerih dan payah. 


1 comment:

  1. kalo njib yg jtuh cm shapiee...ko nk tulis cite pe plak yer...???

    ReplyDelete