Pages - Menu

Wednesday, 6 January 2016

Kerana RM1.2 BILION, DAP Kelam-Kabut Timbulkan Pelbagai Isu, Termasuklah Membodohkan Diri Seperti MARA DIGITAL MALL!


Lim Guan Eng selalu melalak dan mendabik dada kononnya dialah pejuang dan penegak demokrasi. Demokrasi bagaikan tuhan kepadanya.

Tetapi itu hanyalah retoriknya semata-mata.

Hakikat sebenar ialah, Lim Guan Eng tidak akan mampu bertahan dengan kritikan atau apabila kehendaknya tidak dipenuhi dan dituruti.

Kita boleh melihat kepada tindakan yang diambil olehnya kepada PAS yang enggan akur agar menggugurkan usul Hudud dan Negara Islam sehingga akhirnya Lim Guan Eng sanggup menaja kumpulan pencari kuasa dalam PAS untuk menubuhkan Parti Amanah Negara yang dipimpin oleh Mat Sabu, salah seorang macai tegarnya yang hidup atas kebajikan Lim Guan Eng.


Namun sesuatu yang amat menarik ialah apabila Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP terlalu takut untuk mendedahkan tentang RM1.2 bilion wang derma yang didakwa diterima daripada Zionis Israel bagi tujuan Pilihanraya Umum Ke-13 dengan syarat, pembenaran kepada Zionis Israel menubuhkan pangkalan tentera di Port Dickson, sebagaimana yang didedahkan oleh Mohamed Razali Abdul Rahman, bekas pegawai khasnya sendiri.

Bapanya, Lim Kit Siang telah cuba membelanya dengan menafikan, Mohamed Razali pernah bertugas sebagai pegawai khas Lim Guan Eng. Namun Mohamed Razali dalam ceramah-ceramahnya, turut menampilkan bukti-bukti kukuh termasuklah dokumen-dokumen berkaitan bagi mengukuhkan dakwaannya.

DAP sebaliknya sekadar mengambil tindakan saman ke atas Pengarah Biro Penyelidik PAS, Dr. Zuhdi Marzuki dengan alasan, Dr. Zuhdi telah menfitnah DAP, sedangkan Dr. Zuhdi pula sekadar memanjangkan dakwaan yang dibuat oleh Mohamed Razali sepanjang empat tahun lalu.

Ketika DAP begitu kalut untuk tahu tentang derma RM2.6 bilion yang telah disahkan oleh SPRM sebagai derma dan bukannya daripada 1MDB, DAP sendiri terpalit dengan derma RM1.2 bilion yang sehingga sekarang, terus ditutup dan diselindungi dengan alasan 'fitnah UMNO'.

Walaupun beberapa cubaan daripada DAP untuk menunjukkan mereka memperolehi dana daripada kutipan derma orang ramai, jualan meja makan malam, malahan pemotongan elaun dan gaji ADUN serta Ahli Parlimen, namun beberapa tindakan Lim Guan Eng sendiri, terutama pembabitannya dengan seorang pengurus dana di Hong Kong yang telah memberikan layanan yang sangat istimewa kepadanya dan isterinya, Betty Chew, terus menimbulkan persoalan.

Kekalutan DAP amat mudah dilihat terutama apabila kebanyakan pemimpin mereka mula menimbulkan pelbagai isu untuk menyibukkan para pembaca dan penyokong serta pihak lawan daripada memikirkan tentang isu sebenar yang terpalit kepada DAP.


Itulah juga yang menyaksikan bagaimana DAP menerusi Tony Pua sedang buat lawak besar membabitkan 1MDB dan penjualan sebanyak 24% kepentingan Bandar Malaysia kepada syarikat dari China, sehingga perlu memutarbelitkan dan menipu tentang perbezaan antara NET EQUITY VALUE dengan LAND VALUE.

Tony Pua yang dikatakan antara yang terbijak dalam DAP, cuba menimbulkan isu membabitkan perbezaan RM7.41 bilion dengan RM5.279 bilion. Dia cuba menimbulkan persepsi bahawa pembohongan telah berlaku kerana 1MDB mengumumkan penjualan kepentingan itu bernilai RM7.41 bilion sedangkan China Railway ketika membuat pengumuman di Bursa Saham Hong Kong menyatakan jumlahnya adalah RM5.278 bilion, sekaligus 'kehilangan' RM2.161 bilion. Mengapa Tony Pua langsung tidak menyentuh tentang pembelian kepentingan tersebut berserta dengan hutang 1MDB ke atas tanah Bandar Malaysia yang mereka juga perlu tanggung? Mengapa Tony Pua dan para penyokongnya cuba mengaburi otak, terutama sekali bagi mereka yang gemar membaca tajuk, bahawa jumlah RM7.41 bilion adalah Land Value, manakala RM5.279 bilion yang diumumkan oleh China Railway itu adalah Net Equity Value?

Salah satu bukti yang menyanggah pembohongan Tony Pua sekaligus menerangkan tentang Net Equity Value dan Land Value adalah deposit 10% yang dibayar oleh China Railway kepada 1MDB berjumlah RM741 juta.

Demi RM1.2 bilion yang mana DAP ada kaitan dengannya, para pemimpin mereka akan bersungguh-sungguh menimbulkan pelbagai isu, termasuklah isu yang paling remeh membabitkan MARA DIGITAL MALL...

Semuanya bagi membolehkan para penyokong DAP sendiri tidak memikirkan tentang RM1.2 bilion yang telah diterima oleh DAP sebagaimana dakwaan Mohamed Razali Abdul Rahman.


1 comment:

  1. NANTI WA MASUK JIAMBAN. WA MAU BERAK. CARI IDEA. MANA PIGI 300USD SULA MASUK.

    ReplyDelete