Pages - Menu

Friday, 1 January 2016

Penjelasan KETUA POLIS SELANGOR Berhubung BUDAK PEREMPUAN SETAN YANG LARI IKUT JANTAN Tetapi Buat Cerita Kononnya Diculik Dua Lelaki India Van Putih



PENJELASAN SEBARAN VIRAL BERKAITAN KES REMAJA PEREMPUAN BERUMUR 14 TAHUN YANG DIKATAKAN DICULIK DI KAWASÀN KLANG UTARA DAN DILARIKAN PENJENAYAH DENGAN SEBUAH VAN PUTIH.

1. Saya merujuk kepada penjelasan saya dalam FB Polis Selangor bertarikh 30.12.15 mengenai kes ini.

2. Hasil operasi dan siasatan yang telah dijalankan, Polis Selangor dengan ini mengesahkan bahawa remaja perempuan tersebut telah ditemui dalam keadaan selamat pada 31.12.15 jam 7.45 petang di Kanchong Darat, Banting.

3. Remaja perempuan tersebut telah ditemui oleh Pasukan Penyiasat Khas Polis Kontinjen Selangor pada 31.12.2015 jam lebih kurang 7.45 petang di hadapan Stesen Minyak Petronas Kanchong Darat, Banting. Ketika ditemui, remaja perempuan tersebut berada bersama dengan seorang pemuda Cina berumur 19 tahun dalam sebuah kereta yang dipandu pemuda cina tersebut disitu.

4. Siasatan pihak polis juga mendedahkan bahawa pemuda cina yang ditemui bersama remaja perempuan itu adalah teman lelaki remaja perempuan tersebut yang dikenalinya sejak lebih kurang sebulan yang lalu. Remaja perempuan tersebut mengenali pemuda cina itu disebuah restoran di Bandar Baru Sultan Sulaiman, Klang Utara, dimana remaja tersebut bekerja.Pihak Polis juga mengesahkan bahawa TIDAK BERLAKU SEBARANG KEJADIAN CULIK keatas remaja tersebut sepanjang tempoh sejak beliau keluar dari rumahnya pada 27.12.15 sehinggalah beliau ditemui semalam, seperti yang digembargemburkan sebelum ini. Sepanjang tempoh 'kehilanganya' remaja perempuan tersebut selamat menumpang di rumah kawan kepada teman lelakinya (pemuda cina tersebut) di Banting, atas kerelaan remaja perempuan itu sendiri.

5. Pihak polis juga ingin mendedahkan bahawa rakaman perbualan telefon antara remaja perempuan tersebut dan kakak angkatnya yang telah menjadi viral dalam media sosial yang memberi gambaran remaja perempuan tersebut telah diculik oleh 2 lelaki india dan dilarikan dengan sebuah van putih, adalah TIDAK BENAR. Ianya adalah rekaan cerita remaja perempuan tersebut semata-mata kerana beliau tidak mahu pulang ke rumah keluarganya dan ingin bersama teman lelakinya, pemuda cina tersebut.


6. Memandangkan usia remaja perempuan tersebut yang masih dibawah umur, pihak polis telah menahan seorang pemuda cina berumur 19 tahun yang ditemui bersama remaja perempuan tersebut semalam. Turut ditahan ialah seorang lagi lelaki melayu berumur 45 tahun yang merupakan rakan kepada pemuda cina tersebut yang telah menumpangkan remaja perempuan itu tinggal dirumahnya sepanjang tempoh 'kehilanganya'. Lelaki melayu tersebut turut ditahan pada 31.12.15 jam 10.15 malam di rumahnya di Bandar Sungai Emas, Banting. Kedua-dua mereka ditahan dan akan direman mulai hari ini untuk siasatan dibawah seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menculik atau melarikan remaja perempuan yang berumur kurang daripada 16 tahun, tanpa persetujuan atau keizinan penjaganya yang sah.

7. Manakala, remaja perempuan tersebut, yang dikategorikan sebagai kanak-kanak bawah umur telah dirujuk kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan yang bersesuaian selanjutnya. Namun, pihak polis juga menjalankan siasatan terhadap remaja perempuan tersebut atas kesalahan memberikan maklumat palsu mengenai kejadian yang berlaku keatasnya.


Sekian, terima kasih.

CP Dato Abdul Samah bin Hj.Mat.
KETUA POLIS SELANGOR.

1 Januari 2016

1 comment:

  1. GATAL BURIT. BUKAN KE INI AKAN MENYUSAHKAN RAMAI PIHAK. BARU UMOR 14THN DAH GATAL MENGERENYAM NAK CARI JANTAN. DAH MIANG NAK BELAKI CAKAP NGAN MAK BAPAK. BODOH PUNYA BUDAK. MAK BAPAK KAMU TAK TIDOR MALAM DIBUATNYA. SUMBAT KAT PUSAT PEMULIHAN JER..JUKA TAK BOLIH DIPENJARA.

    ReplyDelete