Pages - Menu

Sunday, 3 January 2016

PERLOMBONGAN PASIR DI PAHANG... Alam Sekitar Dimusnahkan Demi Kemewahan Wang Ringgit



SIAPA PEMAKAN "DUIT PASIR"???... Seperti juga hasil bumi yang lain termasuk bauksit, wang yang beredar dalam kitaran operasi pam pasir sangat besar jumlahnya kerana pasir diperlukan setiap hari, terutama dalam sektor pembinaan.

Selain tauke pam pasir, pemilik permit TOL pasir dan juga pemilik tanah yg terbabit dlm perniagaan ini, ada lagi beberapa pihak yg mendapat habuan drp operasi pam pasir.
Berkongsi cerita seorang bekas broker pasir (yg sudah insaf dan bertaubat kerana tidak mahu lagi bersubahat dgn rasuah), apa yg dikatakan pemakan "duit pasir" itu ialah pihak yg menerima habuan dlm pelbagai cara.
Antara yg paling "kasar" ialah habuan bulanan mengikut tan. Contoh paling minimum katanya, RM2 satu tan.
Cuba bayangkan kalau di Daerah Temerloh sahaja ada 20 pam pasir dan setiap pam pasir mengeluarkan 1,000 tan pasir sehari (cuma 10 buah lori tipper trailer), maka habuan utk "pemakan duit pasir" adalah RM2,000 X 20 pam pasir = RM40,000 sehari X 26 hari (tolak 4 hari cuti mingguan sebulan) = RM1.040 juta.
Aduhh!!!... banyak betul tu! Itu baru sebulan... Kalau setahun? Kalau dua tahun? Kalau tiga tahun?
Katanya, itu baru RM2 satu tan utk satu pihak! Sebab tu mereka sanggup buat apa sahaja utk memastikan operasi pam pasir berjalan lancar.
Dalam hati saya berkata, alangkah mewahnya kehidupan dunia mereka yg mendapat wang secara mudah itu tanpa mengira kesannya kepada alam sekitar, sungai dan kehidupan rakyat marhaen yg bergantung hidup kepada sumber akuatik sungai seperti nelayan sungai dan penternak ikan Patin sangkar yg menjadi ikonik Daerah Temerloh selama ini.
Siapakah "mereka" itu?... tanya hati saya dgn penuh perasaan ingin tahu.
Katanya, mereka yg terbabit tidak boleh didedahkan kerana beliau sendiri pernah terbabit. Namun, beliau yakin SPRM boleh menyiasat dan membongkar skandal itu selagi ada kemahuan dan kesungguhan.
Dalam hati saya mula terfikir, kalau begitu besar jumlah yg diterima oleh sesuatu pihak "pemakan duit pasir" patutlah hasil yg diterima oleh Kerajaan Negeri drp operasi pam pasir terlalu kecil. Rupa-rupanya terlalu banyak yg bocor dan tiris!
Saya harap dan saya doakan semoga suatu hari nanti SPRM akan berjaya membongkar skandal pam pasir ini.
Bab kata bidalan.... Langit tidak selalu cerah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Bagi yg makan duit haram, kalau terlepas hukuman di dunia sekalipun, di akhirat nanti balasan Allah itu pasti.
Mengikut kata Tok Guru saya, duit haram yg diberi makan kpd anak isteri akan menjadi darah dan daging busuk yg bakal membawa pelbagai penyakit. Wallahuallam Bissawab


(Nota kaki: Foto duit, pam pasir dan kesan runtuhan tebing akibat operasi pam pasir hanya foto hiasan dan tidak ada kena mengena dgn posting ini)


1 comment:

  1. Everything is possible...in Pahang, the red planet. Managed by people with no balls.

    ReplyDelete