Pages - Menu

Saturday, 20 February 2016

RAFIZI RAMLI AND THE GANGS JUMPA CLARE BROWN NAK TUMBANGKAN NAJIB TAPI TAK MENGAKU?



Rafizi Ramli baru sahaja menafikan pertemuannya dengan Clare Recastle Brown, pemilik dan penulis Sarawak Report yang merupakan anak syarikat Bruno Manser Foundation.

Dalam keadaan sekarang, tiada sesiapa pun yang berani dan mahu dikaitkan dengan Clare Brown walaupun pada pada mulanya Clare Brown seolah-olah seorang nabi yang segala kata-katanya adalah benar dan dipatuhi.


Pendedahan tentang pertemuan Rafizi Ramli dan barisan pemimpin PKR-DAP dengan Clare  Brown cuba dinafikan oleh PKR. Sebaliknya, PKR menggunakan khidmat sibertrooper mereka cuba berbohong dengan menyatakan bahawa gambar Wan Azizah telah dipalsudkan dengan gambar Clare Brown.

Transkrip whatsapp antara Xavier Justo, Tong Koii Ong, Ong Kay Tat, Tony Pua, selain beberapa nama yang mempunyai kaitan rapat dengan Tun Dr. Mahathir telah disebut dan didedahkan. Siasatan pihak berkuasa masih belum lagi mendededahkan isu sebenar membabitkan RM2 juta sebagai upah kepada Xavier untuk dimanipulasikan bagi menjatuhkan Najib Abdul Razak.

PKR dan DAP nampak kelihatan sangat terdesak untuk menggunakan Justo sebagai senjata mereka. Tony Pua yang sebelum ini begitu hebat telah lama senyap tetapi sesekali masih lagi melancarkan serangan menerusi PAC.


Program Rafizi Ramli, Wong Chen dan Nik Nazmi di United Kingdom (UK) anjuran Malaysian Progressives United Kingdom (MPUK) pada hari Sabtu, 30/01/2016 dengan kehadiran Claire Rewcastle-Brown dengan bergambar mesra menjelaskan segalanya.

Semasa tuduhan RM2.6 billion dilakukan oleh Tony Pua sebelum ini, Tony Pua telah mengaku bertemu dengan Claire di London. Terbaru, apabila Wall Street Journal (WSJ) pula membuat tuduhan bahawa RM2.6 billion berkenaan bukannya datang dari keluarga Di Raja Saudi, tidak lama sebelum itu, Setiausaha Agong PKR yang didapati bersalah oleh Mahkamah kerana memfitnah, secara kebetulan bertemu dengan pemilik Sarawak Report ini di London bersama-sama Dyana Sofea. Kebetulan? Anda sendiri fikirkan.

2 comments:

  1. Terbaik... mohon pautkan juga blog Semut Hitam dalam bloglist tuan. Terima kasih.
    http://semuthitam80.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Gambar edit yang kantoi.. sedang orang lain putih mukanya disebabkan oleh cahaya tapi muka kak jijah sorang yang gelap.. dalam suasana yang terang benderang tuh..

    ReplyDelete