Pages - Menu

Saturday, 26 March 2016

ADUN DAP BERAPIT Pun Balun Lim Guan Eng Kerana Menipu dan Menyalahkan Orang Lain



Masalah dalaman DAP, kurang diketahui oleh orang luar. Bagaimanapun, sesekali muncul juga cerita-cerita kontroversi terutama sekali yang membabitkan Lim Guan Eng dan penentangan yang dilakukan terhadapnya dari dalama parti. 

Kalau di Pulau Pinang, kebanyakan pemimpin DAP Pulau Pinang yang tidak menyukai Lim Guan Eng terpaksa terus bermuka-muka kerana bimbang tindakan yang akan diambil oleh Lim Guan Eng dan konco-konconya serta Lim Kit Siang, tetapi di negeri-negeri lain seperti di Perak dan Johor, suara penentangan ke atas Lim anak beranak amat jelas. 

Salah seorang daripada penentang Lim Guan Eng adalah ADUN Berapit, Lydia Ong Kok Fooi yang pernah dizalimi dan dikejami oleh Lim Guan Eng.

Menurut Lydia, kalau dialah jadi Lim Guan Eng, dia tidak akan sama sekali menerima tawaran membeli sebuah rumah di kawasan mewah yang berharga murah. Menurutnya lagi, sekalipun Lim Guan Eng mungkin tidak bersalah dari segi perundangan kerana pembeli dan penjual telah mempersetujui harga jualan hartanah tersebut, tetapi ia akan menimbulkan persoalan dalam aspek moral. 

Lydia berkata lagi, kedudukan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri dalam isu ini, turut menimbulkan masalah di kalangan pengamal media. 

"Kalau saya, saya takkan menerimanya (tawaran jualan). Isu ini bagaimanapun, tidak membabitkan salah atau benar, ia bergantung kepada pendirian dan prinsip individu," katanya lagi. 

Lydia memberi contoh yang sangat mudah untuk perbandingan. Sebagai seorang ADUN, dia kerapkali bersua dengan para penyokong dan mereka terutama sekali penjaja dan penggerai seringkali menawarkan makanan percuma kepadanya.

Bagaimanapun, dia tetap membayar harga penuh bahkan lebih untuk makanan tersebut selepas berterima kasih kepada mereka.

Siapa Lydia Ong Kok Fooi sebenarnya? Apa yang telah berlaku antaranya dan Lim Guan Eng?


Semuanya bermula pada tahun 2012 apabila Lim Guan Eng memaksa ADUN-ADUN DAP Pulau Pinang agar hadir di Sidang DUN untuk meluluskan usul anti lompat parti. Lydia Ong Kok Fooi pada waktu merupakan Exco Belia dan Sukan, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

Guan Eng mahu memastikan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang tidak terjejas, jadi, dia memerlukan undang-undang anti lompat parti diluluskan dalam sidang DUN itu. Walaupun pada waktu itu, Lydia sedang berhadapan dengan masalah keluarga, apabila bapanya berada dalam keadaan kritikal dan sedang nazak, Lim Guan Eng mendesak agar Lydia tidak meninggalkan Sidang DUN sehinggalah usul tersebut diluluskan. Rayuan Lydia agar Lim membenarnya ke hospital, tidak dipedulikan. 

Kedudukan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang agak terjejas pada waktu itu, semenjak Teng Chang Yeow telah mengambilalih jawatan Ketua Barisan Nasional Pulau Pinang.

Untuk memastikan wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak melompat ke Barisan Nasional, Lim Guan Eng memerlukan undang-undang anti lompat parti walaupun ianya tidak mengikut perlembagaan. 

Guan Eng memerlukan majoriti dua pertiga untuk meluluskan usul tersebut, sekaligus bermakna kesemua ADUN Pakatan Rakyat perlu hadir untuk memberikan sokongan, atau sekurang-kurangnya 27 orang daripada mereka menyokongnya. 

Namun, Lim Guan Eng tidak yakin walaupun Pakatan Rakyat pada waktu itu mempunyai 29 orang ADUN. Guan Eng bimbang ADUN-ADUN dari PKR mungkin akan menikam belakangnya pada saat-saat akhir. 

Pada hari itu, terdapat 28 orang ADUN Pakatan Rakyat yang hadir kecuali Koay Teng Hai (DAP-Pulau Tikus) yang telah ke USA sebagai pemerhati pilihanraya Presiden Amerika Syarikat. 

Jumlahnya mencukupi untuk meluluskan usul tersebut tetapi Lim Guan Eng tetap ketakutan dan telah mengarahkan agar kesemua ADUN PR tidak keluar dari Sidang DUN sehinggalah usul tersebut diluluskan. 

Lydia telah menerima berita tentang bapanya, yang merupakan seorang veteran GERAKAN, dalam keadaan yang sangat kritikal. Dia telah meninggalkan Sidang DUN dan bergegas ke hospital untuk melawat bapanya  pada jam 3:00 petang sebelum Lim membuat usul undang-undang anti lompat parti ke DUN. 

Di hospital, Lydia dimaklumkan tentang bapanya yang mungkin akan menghembuskan nafas pada bila-bila masa. Dia menghubungi Lim Guan Eng dan merayu agar dibenarkan terus berada di sisi bapanya buat kali terakhir. Namun Lim Guan Eng yang tidak berhati perut, mendesak dan memaksa Lydia agar balik ke DUN dan menunggu sehinggalah usul tersebut diluluskan.

Pada ketika undang-undang tersebut diluluskan, bapa Lydia sudah pun meninggal dunia. Lydia tidak sempat menatap wajah bapanya yang masih hidup buat kali terakhir. (RUJUK STOPTHELIES)

Pada April 2015, Lydia mengumumkan, dia tidak akan bertanding lagi pada PRU akan datang dan tidak akan terbabit dengan politik lagi kerana 'bertentangan dengan jiwanya'. (RUJUK THESTAR ONLINE)


1 comment:

  1. peluang dan kesempatan tidak di sia sia kan .. baik dari pihak barisan mahupun pihak pembangkang
    DAP apa lagi .. inilah peluang bola tanggung untuk orang no5 DAP tapi diangkat secara rela paksa jadi CM P.P
    tabiat orang DAP ni .. kalo diorang nampak ada peluang nak jatuhkan sesorang tu ada apa lagi bila karier politik LGE dah sampai titik penamat .. BN tak payah buat keje .. tengok jer
    apek ... lu boleh booking siap siap mau duduk dekat Anwar ka ..macamana

    ReplyDelete