Pages - Menu

Sunday, 6 March 2016

BELUM SEMINGGU, PKR DAN DAP SUDAH MULA KINGKALIKONG DENGAN MAHATHIR!


Barangkali kerana malu dibantai kaum sendiri malah menjadi bahan lelucon kerana terlalu teruja dengan Dr.Mahathir, Lim Kit Siang yang sudah tua nak mampus itu tiba-tiba sahaja seperti tersedar dari lamunan indah.

Baru sekarang Lim Kit Siang sedar dia sebenarnya telah terpengaruh dan terjajah dek Dr. Mahathir yang mahu menggulingkan Najib Abdul Razak. Lim Kit Siang cuba membetulkan keadaan dengan menyatakan bahawa antara dia dan Guan Eng tidak pernah menaruh dendam kepada Dr. Mahathir walaupun dia dan anak lelakinya itu pernah dihumbankan ke penjara oleh Dr. Mahathir.

Azmin Ali pula sama...

Malu barangkali kerana ahli-ahli PKR bertanya dan mendesak tentang maruah PKR terutama sekali Anwar Ibrahim dan keluarga Anwar Ibrahim yang pernah merayu menagih kasih daripada Dr. Mahathir tanpa dilayan, barulah Azmin Ali cuba bercakap tentang maruah PKR dan kononnya tidak melupakan apa yang Mahathir lakukan.


Deklarasi Rakyat Anti Najib Mahathir nampaknya hanya mengorbankan Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan Shafie Apdal apabila Mahathir berjaya membariskan mereka dengan Lim Kit Siang dan PKR untuk disingkirkan dari UMNO secara lebih mudah.

PKR dan DAP sudah pasti sedang membuat technical correction bagi mengelakkan hakisan sokongan dari kalangan ahli-ahli sendiri kerana dendam pada Mahathir sekaligus meninggalkan  Mahathir bersendirian bersama-sama konco setianya.



1 comment:

  1. Everybody wants to be the Prime Minister...

    ReplyDelete