Pages - Menu

Tuesday, 15 March 2016

Mujurlah di Malaysia, Kalau di USA, Kedua-dua Wartawan ABC Australia Sudah Mati Dimamah Peluru


Wartawan dan jurukamera Australian Broadcasting Corporations telah pun dibebaskan dan dihalau pulang. Tetapi mereka banyak pula mulutnya sambil disokong oleh sebilangan orang di negara ini yang memandang ringan akan isu-isu keselamatan.

Liston Besser dan Louie Eroglu, berkata, mereka tidak pernah melanggar jalur keselamatan, malah tidak nampak pun jalur keselamatan yang terdiri daripada barisan anggota-anggota pihak polis yang melindungi Perdana Menteri. Mereka dikatakan cuba menemuramahh Najib selepas Perdana Menteri membuat lawatan rasmi di masjid di Kota Sentosa, Kuching tentang perkara yang berkaitan dengan 1MDB.

Sikap agresif mereka bagaimanapun, telah ditahan oleh pegawai dan polis Malaysia.

Alasan kononnya mahu menemuramah tidak memberikan mereka hak untuk bersikap agresif dan biadap walaupun mereka beranggapan, sebagai rakyat Australia mereka berhak berbuat apa-apa sahaja di negara orang lain.

Di bawah adalah salah satu klip video yang berjaya merakamkan kebiadapan kedua-dua wartawan tersebut.



Peguam Negara bagaimanapun, memutuskan untuk tidak mendakwa kedua-dua wartawan dan jurukamera dari Australia itu. Kedua-duanya diusir keluar dari Malaysia dan terbang ke Singapura. 

Kedua-duanya agak beruntung kerana pihak berkuasa di Malaysia tidak mengamalkan pendekatan yang kasar dan keras seperti di negara mereka sendiri apatah lagi di Amerika Syarikat. Kalaulah perbuatan itu berlaku di Amerika Syarikat dan ke atas Presiden USA, sudah pastilah sekarang ini, sama ada mereka berada di rumah mayat atau pun hilang di pusat-pusat tahanan yang dikhaskan untuk musuh negara.

Malaysia seharusnya mengamalkan pendekatan seperti itu. Pendekatan lemah lembut seperti yang dilakukan sekarang, hanya membuatkan pihak lain seperti Australia memandang Malaysia terlalu lemah dan mudah dibuli-buli.

Hanya beralasankan, mereka menjalankan kerja-kerja jurnalisme... agak-agak kalau wartawan dan jurukamera Malaysia berbuat begitu di Australia, adakah mereka akan menggunakan alasan jurnalisme dan kebebasan media juga? 



2 comments:

  1. ngapa tak dihadiahkan peluru jer...lemah lembutnya bodyguard najib ni...

    ReplyDelete
  2. senang mcm tu pembunuh upahan boleh berlakon sebagai wartawan. Jangan beri peluang kepada musuh2 yg melahap nak jatuhkan DS Najib dgn longgarkan keselamatan protokol!

    ReplyDelete