Pages - Menu

Saturday, 5 March 2016

RUPA-RUPANYA WAN AZIZAH MASIH JIJIK MENATAP WAJAH DR. MAHATHIR!!!


Dendam keluarga Anwar Ibrahim kepada Mahathir, sekalipun cuba diredakan oleh Khairuddin Abu Hassan, si jantan botox yang suka berselfie dan berbohong tentang laporan kepada agensi penyiasat luar negara semata-mata untuk berlagak, tidak mungkin dapat dipadamkan dengan hanya satu pertemuan untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak semata-mata.

Walaupun sebelum ini diceritakan bagaimana Wan Azizah telah menghantar sepucuk surat panjang lebar meminta bantuan dan simpati daripada Dr. Mahathir agar membebaskan suaminya daripada segala pertuduhan dan persetujuan Anwar Ibrahim serta keluarganya berpindah keluar dari Malaysia sekiranya Dr. Mahathir tidak menyumbatnya ke dalam penjara, namun Deklarasi Anti Najib yang diketuai oleh Mahathir, dikatakan telah menyatukan mereka semula.

Lebih menarik ialah apabila Anwar Ibrahim kelihatan kembali 'mesra' dengan Mahathir dengan Mahathir sendiri menyatakan kesanggupan untuk tinggal bersebelahan penjara Anwar Ibrahim manakala golongan provokator yang dikenali sebagai Otai Reformasi pula menyatakan, mereka akan menghapuskan tentangan kepada Dr. Mahathir sekiranya Dr. Mahathir menyokong pembebasan Anwar Ibrahim.

Nurul Izzah mewakili ibunya dalam majlis menandatangani pengisytiharan kerjasama PAKATUN semalam. Sekali imbas, seolah-olah semua dendam sudah dihapuskan.

Bagaimanapun, sesuatu yagn amat menarik untuk diperhatikan ialah, semalam, Wan Azizah selaku Presiden PKR, tidak hadir dalam majlis menandatangi deklarasi tersebut. Tiada sebarang alasan yang diberikan walaupun pada peringkat awalnya, iaitu pada ketika Nurul Izzah mengumumkan Mahathir akan bersama-sama barisan pembangkang, Wan Azizah ada sekali.

Rafizi Ramli cuba menyelamatkan air muka Wan Azizah dengan memberikan alasan kononnya Wan Azizah tidak hadir kerana tidak mahu Dr. Mahathir menjadikan para pemimpin pembangkang sebagai KUDA TUNGGANGANNYA.

Alasan yang paling bodoh kerana semua orang tahu, Dr. Mahathir memang telah berjaya menunggang para pemimpin pembangkang untuk akur di bawah telunjuknya walaupun kini Dr. Mahathir tidak lagi berkuasa atas alasan menjatuhkan Najib Abdul Razak secara tidak demokrasi.

Rafizi Ramli sebenarnya tidak dapat menyembunyikan perkara sebenar... WAN AZIZAH TERLALU JIJIK UNTUK TERUS MENATAP WAJAH DR. MAHATHIR yang telah mengecewakan permintaannya 18 tahun lalu!!!


2 comments:

  1. senariao yang berlaku sekarang ialah ..

    samada Madey dijadikan kuda tunggangan oleh pembangkang
    atau pembangkang jadi kuda tunggangan madey ,

    deklarasi yang mereka persetujui sebenarnya cuma indah dimata, didalam hati masing2 berjaga2 untuk sebarang kemungkinan , masing2 berlakon ,jika dilihat airmuka kit siang, airmuka Azmin dan mat sabu , masing2 terserlah sesuatu yang disimpan dalam hati ...

    ReplyDelete
  2. Lau lisah sj si tua munafik tu dr wan...
    Keturunan paria kali mamak kutey haramjadah ni

    ReplyDelete