Pages - Menu

Friday, 6 May 2016

Berita HUSAM MUSA Dipecat Dari PAS, Langsung Tidak Gambarkan Husam Musa Adalah Seorang Pemimpin



Dari awal lagi telah dikatakan bahawa Husam Musa sewajarnya tidak perlu menjadi munafiq dan terus hipokrit dengan masih berada di dalam PAS walaupun hati, perasaan, minda dan semangatnya telah berpindah kepada Parti Amanah Negara (PAN) atau parti-parti lain termasuklah DAP dan PKR.

Semenjak dari awal lagi Husam Musa digesa agar membuktikan dia seorang yang bertelur dan bukannya berlagak seperti budak-budak yang cuba mendapatkan perhatian daripada orang tua dengan melakukan pelbagai perkara dan onar kebudak-budakkan.

Husam Musa telah melakukan terlalu banyak onar yang menyebabkan dia sukar untuk mendapatkan kemaafan sekaligus menempatkan dirinya kembali dalam saf barisan kepimpinan PAS.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Dewan Syura untuk menyingkirkannya dari PAS, Husam Musa tidak boleh sama sekali menafikan atau menolak. Malah dalam hal ini, dia langsung tidak boleh melawan.

Semuanya berlaku apabila dia secara berterus-terang mengadakan gerakan menggulingkan Presiden PAS dan pada masa yang sama, tidak berselindung langsung untuk menghancurkan PAS Kelantan dari dalam,

Husam Musa mencipta nama dalam politik PAS ketika zaman Almarhum Nik Abdul Aziz. Tanpa Nik Abdul Aziz, Husam Musa hanyalah budak kampung yang kerjanya bermain dan menggentel tahi kambing setiap hari. Ini terbukti apabila Husam Musa kehilangan jawatannya selaku Exco Kanan, dia bukan sahaja gagal memulihkan syarikat-syarikat atau agensi-agensi yang dikuasainya dahulu, bahkan tanpa dana Kerajaan Negeri Kelantan, dia juga gagal menggerakkan semua perancangan politiknya.

Ketika kemuncak para pemimpin PAS keluar parti menyertai PAN-Mat Sabu, Husam Musa cuba berlagak kononnya dia sangat bernilai dan mempunyai nilai tambah dan tolak dalam PAS.

Namun akhirnya rahsia pecah dan Husam Musa hanyalah seorang ahli politik yang bermasalah yang perlu dikerat buang oleh PAS. Inilah yang terjadi sekarang di mana Husam Musa boleh terus mengira bulu kambing di hadapannya untuk memajukan Kelantan dan menjadikan dirinya sebagai Menteri Besar Kelantan.


2 comments:

  1. masa jdi exco dulu bnyk projek yg diumumnya ttpi hampas ...gagal.

    ReplyDelete
  2. elok la tu pas pecat husam...dok serang parti sndiri...mcm takdak kerja lain.

    ReplyDelete