Pages - Menu

Wednesday, 16 November 2016

Selagi ISA SAMAD, Anak Bini dan Kroni-Kroninya Kuasai FELDA, Kubu UMNO Akan Berkubur, Kata Peneroka



Nasruddin Hassan, Ahli Parlimen Temerloh dari PAS ketika perbahasan peringkat jawatankuasa, membangkitkan masalah kawalselia FELDA yang memberikan pelbagai permasalahan khususnya kepada peneroka.

Antara yang dibangkitkannya adalah:

* kegagalan FELDA membayar duit hasil jualan BTB kepada peneroka pada masanya. Bayaran sebelum ini dibuat secara harian dan kini tertangguh menjadi bulanan.

* kontraktor FELDA tidak menerima bayaran tuntutan kerja mereka pada masa yang sewajarnya. Ada yang terima bayaran selepas 3 bulan dan ada yang masih belum menerima bayaran.

* penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) di Bursa Malaysia yang tidak menguntungkan dan sangat terdedah kepada risiko

* Koperasi Permodalan Felda (KPF) ditendang dari Felda Holding Berhad (FHB) menyebabkan kepentingan peneroka terabai.

Selain itu, para peneroka juga terpaksa menanggung hutang bernilai ratusan ribu ringgit dan mereka juga tidak diberikan penyata terperinci berhubung hutang yang ditanggung. Hutang itu pula menunrutnya, diwariskan kepada generasi kedua FELDA. Jikalau ditambahkan dengan kos tanam semula, peneroka FELDA akan terbeban dengan hutang yang berganda-ganda.

Begitu juga dengan projek perumahan generasi kedua FELDA yang terbengkalai. Janji kerajan untuk menyediakan perumahan buat generasi kedua FELDA, menurut Nasruddin, gagal ditunaikan apabila tinjauan menunjukkan beberapa tapak projek perumahan tersebut kini terbiar.

Dan sekalipun berbasa basi, Nasruddin turut mencadangkan agar Pengerusi FELDA ditukar segera bagi mengelakkan masa hadapan FELDA dan pengurusannya lebih teruk daripada sekarang.




Cerita-cerita tentang Pengerusi FELDA dan ahli keluarganya menjadikan FELDA sebagai harta pusaka warisan keluarga, bukanlah cerita baru. Malah ianya juga bukan cerita orang luar, sebaliknya lebih banyak datang dari 'dalam', terutama sekali daripada pegawai-pegawai yang dikenakan tindakan kerana menimbulkan masalah yang melibatkan Pengerusi FELDA, isterinya dan keluarganya di dalam FELDA.

Salah seorang pegawai FELDA yang dikenakan tindakan penamatan kontrak, turut menceritakan masalah yang sama iaitu.... ULAH PENGERUSI FELDA dan KRONI-KRONINYA yang semakin hari semakin menimbulkan kemarahan di kalangan para peneroka dan generasi kedua FELDA kepada Kerajaan!!!


No comments:

Post a Comment