Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata menerusi Twitter, 13 orang pelajar dan lima yang lain telah diberkas, manakala sebahagiannya lagi akan diberkas dalam tempoh terdekat.
KPN turut mengucapkan tahniah kepada Special Taskforce on Organised Crime (Staffoc) kerana berjaya menjalankan operasi secara lancar.
"Tahniah STAFFOC @PDRM, 13 pelajar dan lima bukan pelajar di sekitar Klang. Ramai lagi akan ditangkap kerana terlibat dalam aktiviti Geng 24."
Penangkapan tersebut dibuat sejurus selepas dua klip video satu kumpulan penunggang motosikal menyebabkan kekecohan dan kekalutan di luar pekarangan sebuah sekolah menjadi tular pada malam semalam.
Dalam klip video pertama berdurasi 1:14 minit, ahli-ahli kumpulan tersebut saling menjerit dan membingitkan dengan deruman enjin motosikal mereka di luar sekolah. Mereka turut membawa pemidang yang mana salah satunya tertera angka '24', 'TD4' dan lambang swastika hitam.
Klip video kedua pula bermula dengan gambaran dekat sebiji kek dengan perkataan 'SMK Sri Andalas', '24' dan 'Apache' tertulis di atas kek tersebut.
Sekurang-kurangnya salah seorang penunggang motosikal berkenaan di dalam klip video kedua mengenakan uniform sekolah.
Lokasi dan waktu bagi klip video berdurasi 24 saat itu sama seperti klip video pertama.
No comments:
Post a Comment