Satu perhimpunan aman tanda sokongan kepada ketegasan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam isu 'Memutuskan Hubungan Dengan DAP Serta Balaci-Balaci DAP' telah pun diadakan selepas Solat Jumaat di hadapan Masjid Abdul Kadir, Jalan Telaga Air, Butterworth.
Himpunan tersebut merupakan anjuran sebuah NGO Yang dikenali sebagai BATAS.
Tujuan Himpunan tersebut adalah untuk menzahirkan kemarahan berhubung tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang campurtangan dalam urusan hal ehwal umat Islam seperti urusan FATWA yang sepatutnya hanya menjadi urusan orang-orang Islam sahaja. Himpunan Aman Tanda Sokongan Pada Ketegasan Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi Awang Dalam Isu "Memutuskan Hubungan Dgn DAP Serta Balaci-balaci DAP"
Himpunan tersebut turut menzahirkan kemarahan berhubung gelagat Lim Kit Siang dan konco-konconya dari PKR, PAN dan DAP yang menentang keras RUU355 selain berusaha untuk membatalkan pembacaan usul oleh Abdul Hadi Awang semalam di Parlimen.
Walaupun jumlah kehadiran tidak seramai mana, namun himpunan tersebut berjaya menarik perhatian ekoran isu RUU355 yang masih panas selain viralnya gelagat yang ditunjukkan oleh para pemimpin DAP khususnya Lim Kit Siang di Parlimen dalam usaha menghalang RUU355.
Pada masa yang sama, beberapa isu tempatan yang membabitkan Lim Guan Eng turut disentuh oleh para peserta Himpunan Aman tersebut menerusi poster dan pemidang.
Rata-rata menzahirkan kemarahan ekoran terdedahnya skandal yang melibatkan Lim Guan Eng dan Exco Kerajaan Negeri yang menjaga hal ehwal agama Islam yang telah berkompromi dan memperkecil-kecilkan, bahkan menidakkan bidang kuasa Jawatankuasa Fatwa Negeri apabila beberapa fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri, bukan sahaja tidak dipraktikkan, bahkan disenyapkan menggunakan kuasa Kerajaan Negeri.
No comments:
Post a Comment