Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Yazid Ramli berkata, individu yang ditahan membabitkan 11 lelaki dan lima wanita berusia antara 18 hingga 58 tahun yang pada mulanya mendakwa berasal dari Sabah.
Bagaimanapun, katanya, siasatan lanjut mendapati mereka berasal dari selatan Filipina berdasarkan penggunaan kad pengenalan palsu dan kad pengenalan milik orang lain.
"Mereka mengaku menggunakan kad pengenalan itu dalam tempoh antara dua minggu hingga setahun dan dipercayai masuk ke Malaysia melalui Sandakan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Peraturan 25(1)(e) & (o), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) kerana menggunakan kad pengenalan palsu dan milik orang lain sebagai pengenalan diri dan menyimpan kad pengenalan bukan milik sendiri.
"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali,"katanya.
SUMBER
No comments:
Post a Comment