Keputusan Speaker bahawa mana-mana Ahli Parlimen yang mempertikaikan pembentangan tersebut akan dihalau keluar Dewan, membuatkan Kit Siang dan konco-konconya yang telah menimbulkan kekacauan selama lebih setengah jam sebelum usul tersebut dibacakan oleh Abdul Hadi Awang, membuatkan Kit Siang memilih untuk duduk diam dan kemudian lari keluar Dewan ketika Takiyuddin Hassan berhujah menyokong usul Abdul Hadi Awang.
Namun pada jam 3.30 petang tadi, ketiadaan Lim Kit Siang telah digantikan oleh Khalid Samad (PAN-Shah Alam) yang memperolok-olokkan pembentangan tersebut dengan melabelkan sidang Dewan Rakyat hari ini adalah Hari PAS dan Hari UMNO. Dia juga bertanya sama ada Ahli-Ahli Parlimen lain dibenarkan berbahas dan mengundi bukannya sekadar mendengar dan mencelah.
Khalid Samad terlebih awal merungut tentang sidang Dewan Rakyat yang telah menjangkau 20 jam semalam dan menyatakan rasa tidak puas hatinya kerana perlu bersidang lama di Parlimen.
Hujah sokongan oleh Takiyuddin Hassan masih lagi diteruskan. Kerusi-kerusi pula semakin banyak yang kosong.
Semakin jelas kufar dan munafik yg anti agama Islam.
ReplyDelete