Pages - Menu

Thursday, 20 April 2017

Lidah MAHATHIR Tiba-Tiba Keras dan Kelu Apabila Partinya Terus Bergolak Dan Ahli-Ahli Utama Keluar Parti



Semua orang hairan dengan sikap yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir berhubung kemelut yang sedang melanda partinya yang baru ditubuhkan September tahun lalu. Bermula dengan gah dan juah, sekarang parti berkenaan yang rata-ratanya dianggotai oleh golongan kecewa dalam UMNO, kini sedang berpecah teruk.

Dan faktor perpecahan itu juga sama seperti tidak puas hati mereka semasa di dalam UMNO iaitu jawatan dan kedudukan!

Mahathir tidak memberikan sebarang ulasan berhubung tindakan Setiausaha Kerja Penaja PPBM, Kamarul Zaman Habibur Rahman yang bukan sahaja meletakkan semua jawatannya tetapi juga keluar dari parti yang sama-sama diasaskannya.

Hamidah Osman, Naib Presiden PPBM yang juga merupakan bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO sebelum hilang jawatan akibat kalah dalam PRU-13 lalu, merayu Mahathir dan Muhyiddin melakukan sesuatu. Menurutnya, jikalau orang seperti Kamarul Zaman keluar parti, bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. (RUJUK SINI)


Ketua ARMADA, Syed Saddiq yang seringkali diberikan julukan sebagai Jaguh Debat, cuba memberikan alasan terbaik tentang masalah yang membabitkan Kamarul Zaman bagi menutup konflik dalaman yang sedang melanda PPBM. Katanya, Kamarul Zaman terpaksa melepaskan jawatan dan keluar dari parti kerana wujudnya 'ugutan' terhadap Kamarul Zaman dan isterinya.

Bagaimanapun, Kamarul Zaman segera membuat penafian. Malah menurutnya, dia dan isterinya tidak pernah diugut oleh Kementerian atau mana-mana individu. (RUJUK SINI)

Antara alasan yang diberikan oleh Kamarul Zaman ketika meletakkan semua jawatan dan keahliannya dalam PPBM ialah bosan dengan amalan kronisme dan nepotisme yang diamalkan secara meluas dalam PPBM.


Menurutnya, mereka yang bertungkus lumus pada peringkat awal penubuhan PPBM bukan sahaja diketepikan, bahkan dijadikan ahli kelas kedua, berbanding golongan oportunis yang mempunyai hubungan dengan Presiden, Naib Presiden dan Setiausaha Agung PPBM.

Muhyiddin dan Mukhriz tidak memberikan sebarang ulasan berhubung kenyataan Kamarul Zaman, manakala Mahathir pula ketika dikerumuni oleh wartawan selepas ceramahnya di Kampung Pandan Dalam semalam menuduh, Kamarul Zaman keluar parti kerana kroninya tidak memilihnya.


No comments:

Post a Comment