Bapanya, Mohd Gaddafi Mat Karim, 43, mengesahkan berita kematian anaknya pada jam 2:05 petang tadi di Hospital Sultan Ismail. Allahyarham Mohamad Thaqif Mohd Gaddafi menghembuskan nafas terakhir ketika seluruh ahli keluarga membacakan Yassin di katilnya.
Pagi tadi, Mohamad Thaqif Mohd Gaddafi sepatutnya dijadualkan menjalani pembedahan pada tangan kanannya.
Bagaimanapun, prosedur tersebut terpaksa dibatalkan ekoran keadaan jantung dan kadar degupannya tidak stabil.
Ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, 38, berkata keputusan untuk memotong tangan kanan anak saudaranya dibuat selepas keadaan tangannya bertambah teruk.
Dilaporkan yang tangan dan jari kanan Mohamad Thaqif bertukar menjadi kehitaman kesan kerosakan tisu dan sel-sel darah, walaupun menunjukkan ada perkembangan positif pada hari Ahad.
Sebelum ini, Mohamad Thaqif telah dipotong kakinya akibat jangkitan selepas didakwa diderah oleh pembantu warden sekolah.
Suspek yang berusia 29 tahun, merupakan bekas banduan dan mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau, dilaporkan telah menyebat Mohamad Thaqif dan beberapa orang pelajar lain dengan salur getah untuk menghukum mereka.
No comments:
Post a Comment