Klip video berkenaan telah ditularkan dan dikongsi di media sosial dengan mesej palsu yang bertujuan untuk menyemarakkan semangat kebencian antara kaum.
Klip video berdurasi dua minit itu menunjukkan seorang wanita duduk di atas kerusi plastik dengan seorang wanita lain berdiri di belakangnya dan beberapa orang lelaki mengelilingi mereka di dalam sebuah kedai yang menjual pakaian.
Salah seorang lelaki mencekak rambut perempuan yang duduk di atas kerusi itu sebelum seorang lelaki lain mulai mencukur kepalanya dengan pencukur elektrik.
Wanita yang sedang berdiri dan bercakap-cakap dengan salah seorang lelaki lain, turut disuruh duduk di atas kerusi dan kepalanya juga dicukur.
Ketua Sekretariat Komunikasi Korporat Ketua Polis Negara, Senior Asst Comm Datin Asmawati Ahmad berkata, polis telah mengesan penyebaran video tersebut yang disertai mesej yang mendakwa, kedua-dua wanita tersebut telah ditangkap mencuri di sebuah kedai yang dimiliki oleh salah seorang lelaki yang berlainan kaum dan sebagai hukumannya, kepala mereka dibotakkan.
SAC Asmawati berkata, ekoran daripada penyebaran video tersebut, wujud reaksi dengan sentimen perkauman yang kemudian dikongsi secara meluas di media sosial.
Menurutnya lagi, pemeriksaan oleh polis mendapati, insiden tersebut sebenarnya berlaku di Maracaibo, Venezuela pada tahun 2016.
"Ia tidak berlaku di Malaysia sebagaimana yang didakwa oleh pihak yang menyebarkan video serta mesej berkenaan," katanya.
"Ia tidak berlaku di Malaysia sebagaimana yang didakwa oleh pihak yang menyebarkan video serta mesej berkenaan," katanya.
SAC Asmawati menasihati masyarakat awam agar lebih bijak menilai berita-berita yang ditularkan dan dikongsikan menerusi media sosial atau rangkaian-rangkaian komunikasi lain dan tidak menjadi mangsa kepada niat jahat sesetengah pihak.
Menurutnya lagi, masyarakat tidak sepatutnya memainkan isu-isu yang menyentuh perkauman dan sensitiviti keagamaan yang boleh mengancam keharmonian di negara ini.
No comments:
Post a Comment