Pages - Menu

Thursday, 18 May 2017

PAS Selangor Ancam Tarik Diri Dari Kerajaan Negeri Sekiranya Azmin Paksa 3 Exconya Letak Jawatan



Drama membabitkan David Teo dan Sulaiman Yassin dalam program TN50 bersama penggiat seni di Dewan Bankuet Seri Perdana semalam, telah menghilangkan beberapa cerita yang jauh lebih penting, termasuklah cerita MEJA RM30 ribu membabitkan Mufti Perlis dan cerita Kerajaan Negeri Selangor. 

Di Selangor, krisis politik di Selangor semakin meruncing apabila PAS mengancam untuk menarik diri daripada Kerajaan Negeri Selangor sekiranya Azmin Ali memaksa Exco-Exco PAS negeri itu meletak jawatan. 

Kepimpinan PAS Selangor memutuskan bahawa 13 orang ADUN akan keluar dari Kerajaan negei sekiranya Azmin Ali menuruti perintah DAP untuk memaksa ketiga-tiga orang Exco dari PAS itu meletak jawatan dalam usaha untuk menyingkirkan PAS. 

Ancaman tersebut sekiranya direalisasikan akan menggoncangkan Kerajaan Negeri Selangor kerana Pakatan hanya akan tinggal 29 orang ADUN dalam DUN yang berjumlah 56 kerusi itu. Kelebihan Pakatan yang diketuai oleh DAP hanya bermajoritikan satu kerusi dengan 14 orang ADUN dari DAP, 13 dari PKR dan 2 dari PAN. 

Keputusan PAS itu telah dibuat dalam mesyuarat lewat malam tadi yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru merangkap ADUN Sabak Sallehen Mukhyi. 

Sallehen telah diberikan tugas untuk untuk menerangkan keputusan tersebut kepada PAS Pusat yang akan bersidang hari ini. 

Dalam mesyuarat malam tadi yang dihadiri oleh kesemua pemimpin kawasan PAS, Sallehen memaklumkan kepada mereka berhubung krisis politik yang membelenggu Kerajaan Negeri ekoran keputusan Majlis Syura untuk memutuskan hubungan dengan PKR. 

Sallehen turut menjelaskan kepada mereka berhubung pertemuannya dengan Azmin semasa Menteri Besar Selangor itu meminta ketiga-tiga orang Exco dari PAS meletak jawatan. Ketiga-tiga orang Exco tersebut adalah Iskandar Samad, Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib. 

Bagaimanapun, apa yang akan dilakukan oleh parti sekiranya keluar dari Kerajaan Negeri tidak pula dibincangkan. 

Sekiranya ancaman PAS benar-benar dinyatakan, barisan pembangkang Selangor akan terdiri daripada 13 orang dari PAS, 11 dari UMNO dan dua Bebas. 


Ada spekulasi yang menyatakan, bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim akan kembali menerajui negeri itu dan usaha-usaha memujuk ADUN-ADUN dari PKR dan DAP untuk melompat parti sedang giat dijalankan. 

Ironinya, Biro Politik PKR yang turut bermesyuarat dan dipengerusikan oleh Wan Aizah memutuskan untuk memerintahkan kesemua lantikan politik dari PKR di Kelantan, meletak jawatan serta merta.

Azmin Ali mendapat tekanan yang cukup besar daripada DAP untuk bertindak terhadap PAS yang enggan lagi bekerjasama dan menyediakan segala bantuan kepada DAP, sekaligus menyekat nafsu besar DAP untuk menguasai Shah Alam sepenuhnya pada PRU akan datang. 

Ini adalah kali kedua krisis politik berlaku di Selangor. Kali pertama adalah ketika PKR dan DAP serta beberapa orang pemimpin PAS yang sekarang ini sudah berhijrah ke dalam PAN berkonspirasi untuk menggulingkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Khalid Ibrahim kemudian dipecat dari PKR selepas kejayaan menjatuhkannya. 

Kejayaan menggulingkan Khalid Ibrahim itu telah mencetuskan krisis perlembagaan apabila kem yang diketuai DAP dan istana terlibat dalam 'perbalahan' berhubung siapa yang harus menjadi Menteri Besar menggantikan Khalid Ibrahim. 


No comments:

Post a Comment