Pages - Menu

Tuesday 2 September 2014

PENYAMARAN Sebagai Pegawai Risikan KDN... KDN Bocor Lagi!

Ramai orang kemaruk nak jadi pegawai kerajaan. Lebih-lebih sebagai pegawai risikan. Menyamar sebagai pegawai kerajaan apatah lagi pegawai risikan, adalah satu kesalahan yang boleh mengakibatkan terperosok ke dalam penjara.

Satu sindiket telah dikesan mengeluarkan kad kuasa kepada ahli-ahli mereka sebagai anggota Unit Risikan KDN.

Dan berdasarkan kepada pengeluaran kad tersebut, sindiket tersebut pastinya memeras ugut mangsa dengan meminta rasuah atau ugutan kepada mangsa-mangsa yang tolol.



Pendedahan telah dibuat. KDN juga telah menafikan kewujudan Unit Risikan Khas KDN manakala PDRM pula telah melakukan siasatan.

Justeru orang awam, sekiranya dihampiri oleh orang yang menunjukkan kad kuasa itu, gunakan hak anda untuk memberkas orang berkenaan atau paling tidak pun, camkan mukanya dan buat laporan polis dengan segera.

3 comments:

  1. macamana nak dikata risik kalau ada kad kuasa. bangang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya manusia yang otak bangang buat keja bangang.

      Delete
    2. Dan yg terkena pun bangang..

      Delete