Pages - Menu

Tuesday 10 February 2015

ANWAR IBRAHIM AKHIRNYA TERSADAI DI PENJARA SUNGAI BULOH

Mahkamah Persekutuan menerima permohonan Anwar Ibrahim agar dia menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh dan bukannya di Penjara Kajang.

Sebelum ini, Anwar menjalani hukuman penjara selama 14 tahun kerana rasuah salahguna kuasa dan liwat juga di Penjara Sungai Buluh yang menyaksikan dia diberikan pelbagai keistimewaan oleh warden dan ketua warden penjara.

Apakah kerana faktor 'orang-orangnya' membuatkan Anwar Ibrahim lebih memilih Penjara Sungai Buluh memandangkan dalam tempoh 6 tahun daripada 14 tahun sepatutnya dipenjarakan buat kali pertama dahulu, Anwar Ibrahim berada di sel orang sakit, yang menyaksikan dia mendapat pelbagai kemudahan, termasuklah telefon bimbit.

Adakah kali ini Penjara Sungai Buloh sekadar mengurung Anwar Ibrahim tapi tidak menghalangnya bebas dalam erti kata yang sebenar menerusi telefon, lawatan, surat, buku dan sebagainya sepertimana yang berlaku dari tahun 1998 sehingga 2004 dahulu?



Menariknya, sebelum dia dibawa menaiki sebuah pacuan empat roda, kaum keluarga dan para pemimpin Pakatan telah meminta untuk bertemu dengannya tetapi tidak dilayan. Manakala para penyokong pula terpedaya dengan sebuah Black Maria yang diumpan di laluan yang biasanya membawa orang salah ke penjara.

Perjalanan Anwar Ibrahim ke penjara pilihannya telah bermula pada jam 2:56 petang tadi.

8 comments:

  1. ..bertaubat la sebelum terlambat.. hentikan penipuan serta kelentong.. hidup aysik nak menipu aje munapig sekoq ni..

    ReplyDelete
  2. Selamat merengkok,disana harap tak berlaku lagi tipu daya Anwar yg kononnya sakit tulang belakang dan leher seperti yg di ceritakan oleh Rashid kepada saya.

    ReplyDelete
  3. Anwar celaka, moga moga mampos jumpa tuhan cepat cepat.

    ReplyDelete
  4. Semoga Aman Negara Tanpa Anwar Ibrahim (SANTAI)

    Biarkan Anwar bersantai sepuas-puasnya kat Resort Sungai Buloh.

    ReplyDelete
  5. Warden n ketua warden jaga2 ckit.ini orang licik.mcm2 dia bleh buat nnti.jatuh kn diri pstu ckp warden yg buat.pasang cctv di seluruh sel dn laluan dia supaya tk di persalah kn nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju!.. jangan macam dulu buat malu aja semua orang kesihan tengok dia tapi tipu plak letak pelekap leher dan berkerusi roda ... jangan bimbang kat sana ramai yang jambu-jambu ..adiosssssss

      Delete
    2. Jubo ko pon dia xhingin laaa

      Delete