Pages - Menu

Thursday 24 November 2016

Khalid Samad Hampir Dibelasah di Parlimen Kalau Bukan Kerana Anggota Keselamatan Melayu Yang Melindunginya!



Kecoh juga di pekarangan Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad cuba diserang oleh sekumpulan orang sebentar tadi.

Dan seperti biasa, tuduhan dibuat kononnya ia ada kaitan dengan pertengkaran antara Khalid Samad dan Tajuddin Abdul Rahman.

Gobind Singh Deo ketika di Dewan, telah membangkitkan persoalan mengapa orang yang cuba menyerang, mengugut dan cuba memukul, hanya dileraikan oleh pihak keselamatan Parlimen tetapi tidak diambil tindakan.

Dalam kejadian pagi tadi, pihak keselamatan berjaya menyelamatkan Khalid Samad dan menghalang kejadian lebih buruk. Bagaimanapun, difahamkan tiga orang anggota keselamatan tercedera dalam kejadian tersebut.

Dan Khalid Samad turut memberitahu, 'Badan saya tidak tersentuh sedikit pun!'.

Malah Khalid Samad menegaskan, 'Kamu nak terajang saya, kamu nak membelasah saya ke, saya tetap menjalankan peranan saya."

Khalid Samad juga memberitahu, salah seorang penyerangnya adalah 'ANAK PASIR SALAK'.



2 comments:

  1. Itupun mereka panggil Polis Bodoh.. Polis bodoh juga lah dicari mereka .

    ReplyDelete
  2. Ya Khalid...teruskan peranan kamu menjadi tukang angguk dan pembela Dap.

    ReplyDelete