Pages - Menu

Tuesday 6 June 2017

SPRM, Sila Siasat FGV, Kata CEO FGV Holdings Yang 'Dipecat'



Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), Datuk Zakaria Arshad mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat keseluruhan operasi syarikat itu bagi menilai sekiranya berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa.

Katanya, walaupun telah diarahkan bercuti serta-merta oleh Lembaga Pengarah FGV, beliau sendiri sedia memberi kerjasama kepada SPRM untuk menyiasat syarikat perladangan itu termasuk operasi syarikat sebelum beliau menjadi CEO lagi.

“Saya sedia bekerjasama kepada SPRM. Saya tidak takut untuk berdepan situasi ini kerana yakin tidak melakukan apa-apa kesalahan. Mungkin banyak perkara yang boleh disiasat oleh SPRM.

“Dengan penglibatan SPRM sendiri, mungkin banyak persoalan boleh dirungkai dan diselesaikan,” katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia hari ini.

Beliau bagaimanapun mengakui berasa amat kecewa kerana diarahkan bercuti serta-merta kerana begitu sayangkan FGV. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment