Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri, Siti Salwa diberi keizinan
Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus Dullah di Hospital Tuaku
Jaafar, Seremban..
Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat
bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap dapat
di"share" kepada sesiapapun yang anda jumpa diluar mahupun Facebook
friends list anda..
Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia
"dikurung" oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat fitnah
yang berleluasa tentang betapa "zalim"nya si ibu itu,
saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada kalian
semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda dan tidak
termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar, TV mahupun
post di Facebook....
Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior dan
generasi "mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan menghina ibunya
atas "perbuatan" tidak berhati perut oleh ibu adik Firdaus, Puan Lola.
Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam dan
sebagainya..sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain hanyalah
fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita, generasi "mohon
share" dan keyboard warrior terhadap ibunya...
~~~~~
Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan Kak
Nor ( Dalam gambar, yang sedang memeluk Firdaus ) yang merupakan
jiran,bekas penjaga adik Firdaus, dan juga sahabat baik Puan Lola.
Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus walhal tidak pernah
sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus...Walhal, keprihalan
Firdaus diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat tinggal mereka
kerana semasa Kak Nor masih lagi menjaga Firdaus, dia selalu dibawa main
bersama kanak-kanak lain di perumahan tersebut...Dan Kak Nor telah
menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. Namun begitu, akibat
urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor berpindah ke Gemencheh..
Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.
Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan
Firdaus berseorangan dirumah akibat terpaksa bekerja menampung belanja
keluarga. Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit
yang amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun ( Turut
berada di hospital dalam wad yang sama kerana Puan Lola ditahan )
menpunyai kondisi "Hyperactive". Puan Lola juga diberikan ujian
kesihatan dan beliau sendiri sakit..Masya Allah besar ujian keluarga
ini.
Puan Lola menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan motor
perubatan, menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah dan macam2 lagi
dan akibat kepayahan ini, mereka hidup sekangkang kera sebagai mana anda
boleh lihat dalam rumahnya yang kosong. Untuk menambah pendapatan, Puan
Lola mencari dan menjual tin kosong dan juga kotak-kotak... Masya
Allah.
Dan jika kita persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput kepada
Firdaus, "mak dia tak mampu ke nak beli baju RM5 sekalipun ?" Jawapannya
senang, ya mereka teramat miskin hingga hendak beli baju baru pun tidak
mampu.
~~~~~
Untuk menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola, kebetulan datang
dalam wad tadi bersama saya adalah seorang lelaki yang merupakan ahli
NGO kawasan perumahan Puan Lola sekeluarga. Beliau
pernah bekerja denga Puan Lola selama 6 tahun di KLIA dan beliau turut
mengatakan bahawa apa yang masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola
adalah salah sama sekali. Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan
selalu kerja "overtime" untuk mencari duit lebih bagi menampung
keluarga.
Situasi kini adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad
kanak-kanak tersebut jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta sesen
pun berulang alik dari Gemencheh ke Seremban untuk menjaga adik
Firdaus. Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali memanggil
"Mak..." "Makk..." sambil memeluk Kak Nor yang masih lagi diingatinya.
Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus yang mana beliau kini ditahan
untuk direkodkan keterangan.... Moga Allah pertemukan mereka semula
dengan secepat mungkin, insya Allah.
~~~~~
Sehubungan itu kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu sepakat
bersama ingin membetulkan persepsi yang salah yang digambarkan oleh
media massa, generasi "mohon share" dan juga keyboard warrior terhadap
keluarga Puan Lola.Moga Allah dapat permudahkan urusan mereka dan kita
semua, insya Allah.
Tidak percaya dengan apa saya tulis nih ? Pergi lawat sendiri adik
Firdaus di Wad Kanak-Kanak Hospital Seremban. Tiada satu pun calar atau
parut dera pada adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih sayang ibu
yang bersusah payah menjaga si adik meskipun ibunya sakit dan tidak
mampu...
###########
Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :
1 ) Kita seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas
Fitnah dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu adik Firdaus
jika berkesempatan. Kita harus ingat, jika orang kutuk mak kita kita
mesti akan marah bukan main lagi dan akan membalas perbuatan terkutuk tu
betul tak ? Bayangkan anda telah mencaci ibu kepada adik Firdaus yang
OKU yang tidak mampu untuk marah atau membalas perbuatan anda terhadap
ibunya.. Anda patut malu dengan diri anda dan segeralah bertaubat.
2 ) Kita tidak boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci
terhadap sesuatu perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah.
Ingatlah Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.
Mampukah anda tanggung dosa itu diakhirat kelak ? Wallahualam.
3 ) Tanamkan sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu NGO
ataupun orang datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan berkawanlah
dengan orang yang miskin dan susah. RM1 bagi anda
mungkin sedikit, namun bagi mereka ianya tidak ternilai... Besedekahlah
sentiasa, meskipun harta didunia kurang, harta dan pahal diakhirat
berkali ganda Allah akan balas.
4 ) Apa kata kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan dan
belanja Puan Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu.
Kalau rumah anda ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke, kumpul
dan derma kepada mereka...Kan lagi bagus macam tu. Marilah besedekah
kerana semua ini amalan yang digalakkan agama .Tak rugi pun kita, lagi
untung ada.
5 ) Tolong share post ini. Ada pepatah mengatakan "Lying is bad, but
hiding the truth is even worse". Sebagai seorang yang bertanggungjawab,
kongsikan post ini kepada semua supaya kebenaran diketahui umum. Insya
Allah hanya Allah dapat membalas jasa anda.
Walahualam.
Sekian,
Muhammad Kamal Zawari @ Asamkipas
Sibuk dan miskin mana sekalipun tak kan dia tak da masa nak membersihkan budak tu sampai bergelumang tahi dan baju koyak rabak...tak faham mcm mana smpai gitu sekali
ReplyDeletesaya juga masih tidak dpt menerima alasan pembelaan rakan2 puan lola itu. mrk hidup disebuah negara maju spt malaysia. pndpt sy, puan lola ini tak mahu berkongsi kesusahan dgn org lain, sanggup pula dia melihat anak dia menjadi kering kontang diabaikan dgn air kencing dan taik sendiri, SIKAP ORG YG SAYANGKAN ANAKKAH ITU???? kalau dia mengadu atau bertanya kpd orang ramai, pasti akn ada yg akn menunjukkan jln bantuan kpd dia dgn taraf OKU anak dia tu. PD SY PUAN LOLA NI EEEEGGGGGGOOOOOOO
DeletePada pendapat sy, akal wanita sangat rapuh. Dengan segala bebanan hutang dan kos sara hidup 3 beranak yang ditanggung beliau tanpa suami dan keluarga terdekat memburukkan lagi keadaan.
DeleteMungkin ini cara Allah membantu beliau keluar dari masalah. Memberi bantuan & sokongan lebih baik. Anak-anak beliau memerlukan beliau.
Bagi saya beliau lebih elok daripada mereka yang melakukan pembuangan bayi. Jangan menzalimi orang lain. Lebih2 lagi sesama Islam. Hanya Allah maha mengetahui.
satu pencerahan yang baik. menepati saranan Allah swt supaya memastikan maklumat sesuatu berita sebelum membuat kesimpulan. acapkali terjadi kita membuat kesimpulan tanpa maklumat yang lengkap. akibatnya kita menjzalimi diri kita dan orang lain. syabas.
ReplyDeleteDunia Malaysia skrg adalah dunia persepsi yg lebih mendapat tempat drpd realiti. Lihatlah apa jua isu yg berlegar di sekeliling kita, org akan mempercayai persepsi dari kebenaran..
Deletedifahamkan si ibu menghidap penyakit jiwa.
ReplyDeleteMengapa kamu semua tidak ungkit tentang bapa kandung Firdaus? Seandainya ia masih hidup, maka bapa si Firdausah patut dicemuh dan di maki hamun kerana tidak bertanggungjawab atas kebajikan anak kandungnya.
ReplyDeletebetul, nafkah anak tetap tanggungan bapa, bukan ibu
DeleteMaaf...alasan tidak diterima...
ReplyDeleteyang banyak mencemuh di sana sini, begitu dan begini, kalau dapat anak yang kurang upaya macam lola, entah sanggup jaga sendiri atau tidak. sekurang-kurangnya lola terus jaga anaknya sendiri setakat kemampuannya.
ReplyDeleteItu yg kena bilang jaga? Kurung anak trus tdk bagi makan dan minum? Trus biarkan anak d bilik yg ada najis kencing sampah sarap smua? Itu? Jaga? Serious? Nonsense.
DeleteSEKADAR INGIN BERTANYA....
ReplyDeleteLEMBAGA PUNGUTAN ZAKAT BUAT APA ?
DUIT BERJUTA JUTA NAK BUAT APA ?
SEPATUTNYA PEGAWAI ZAKATYANGTAMPIL DAHULU SEBELUM MENTERI DATANG....
APAKAH AMANAH DALAM SISI ISLAM
APAKAH AMANAH JABATAN PUNGUTAN ZAKAT......TIADA ASNAF KAH FIDAUS INI...
Sukar bg kita yg x menerima ujian sedemikian. Sebelum menghukum, ada baiknya kita bersholat taubat dan diikuti sholat hajat memohon petunjuk Illahi akan duduk perkara sbnarnya. Kemudian, lakukn tindakan kita secara individu i.e. membuat infak dsb.
ReplyDeleteMinta maaf laa...susah saya nak percaya alasan semacam ini. Kalau la Cik Lola tu letak anak dia tepi jalan pun masyarakat akan kutip dia dan hantar ke Jabatan Masyarakat utk pembelaan. Ada yg saya tahu seorang nenek tua yg sanggup jaga cucu2 dia yg cacat sambil kerja mengambil upah semata2 membela cucu2 dia...tanpa facebook...tanpa makeup...tanpa tudung bling2...Cik Lola skrg cuba mengambil kesempatan menagih simpati masyarakat melalui anak OKU yg dia sendiri aniaya. Kita mencemuh bukan dgn mata dan hati yg buta...kita mencemuh atas sifat kebinatangan membiarkan anak yg tak mampu nak berdikari terseksa akibat perbuatan ibu yg kejam mcm nie...Mulut bleh la cakap jaga tapi tidak dgn perbuatan dia...sorry laa...aku cadangkan dia ditahan...
ReplyDeletePerempuan gila..membusuk dineraka jahanam...astaqfirullah dengan alasan apapun lebih baik anaik diberikan kepada orang lain daripada disiksa begitu, menetes airmata melihat adik firdaus
DeleteSedangkan nabi ampunkan, inikan kita manusia biasa, tak lari dr dosa, mmg apa yg lola buat itu salah, tp tetap, perkataan dan tingkah laku kita mesti dijaga. Perkataan yg keluar dr mulut seseorang mencerminkan peribadinya..
Deletecakap , pendapat ,cacian biasalah tapi jika kita ditempat Dia bagaimana
ReplyDeleteyes perbuatan nya dianggap salah tapi , kita juga salah mengabaikan tanggung jwp sesama manusia
Kat kampung aku ada budak oku (Islam) lebih kurang macam remaja ni. Bapa ada masalah dadah, keluar masuk pusat.
ReplyDeletePersatuan gereja ada bagi bantuan kerusi roda. Orang putih yang datang sendiri serahkan kerusi roda pada keluarga ni.
Mungkin kita sibuk memperbetulkan orang lain, sedangkan kita terlupa perkara asas. Apa la aku nak besok.
Ya. Aku setuju. Orang kampung kamu sepatutnya ambil tindakan. Bukan biar orang putih tu.
DeleteTahun INI Kita Bayar zakat terus kat firdaus
ReplyDeleteSaya setuju walau apa pun kita tiada hak hendak memaki hamun.Saya setuju sebelum sebarang kenyataan dibuat siasatan terperinci hendaklah dibuat.Penulis minta tulisannya ini dishare persoalannya adakah penulis sendiri sudah jalankan siasatan terperinci terhadap perkara berikut?
ReplyDelete1.Tempat tinggal puan Lola
2.Lokasi sebenar adik firdaus dikurung dan kenapa keadaannya begitu menjijikkan.
3.Bekas pengasuh bila kali terakhir bertemu adik firdaus
4.Kenal pasti majikan pn lola dan dari situ segala maklumat bolih diperolihi mengenai pn lola.
5.Mengapa adik firdaus tidak dapat bantuan dari JKM dan majikan pn lola sdgkan pn lola adalah wargenegara.
6.Siapakah jiran sekeliling pn lola
7.Siapa dan di mana suami pn lola
Kalau penulis betul lkhlas tlg lah siasat perkara di atas biar kami tidak tersalah anggap.Walau apapun keadaan adik firdaus spt itu sy tidak dpt menerima krn kita berada di negara yg aman makmur.Peminta sedekah dari luar negara kaya raya menagih simpati di negara kita.
Kat kg aku Pulak ada satu famili Islam yg bercerai, anak terbiar di jaga oleh ayah mereka yg tidak bekerja. Yg datang bantu siapa......persatuan Buddha. Mereka dapat tahu yg famili ni tak mampu bayar yuran. Tolong beli keperluan asa dan bayar yuran sek dan mcm2 lagi. Jadi moral of the story, orang lain yg dtg bantu. Kita masih tak tahu menahu pun ada orang susah dekat dengan kita atau kita buat dek je atau ala biarlah nanti ada orang lain tolong atau lantak lah buat apa nak susahkan diri atau........sendiri mau ingat.
ReplyDeleteYa....orang kampung kamu tu memang tak patut. Biar orang Buddha datang bantu. Kamu juga!!!
DeleteBantu la ibu Firdaus ni, bagi up kan kehidupan dia. Bagi kerja yg masa flexible, kerja sekerat hari ke.
ReplyDeleteBagi kaunseling sikit. Firdaus tu biar la mak dia jaga.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
ReplyDeleteKena hidupkan balik konsep..Jaga tepi kain orang.
Tengok baju mak ngan anak mcm langit ngan lahar bumi,jgnla nak tegak benang yg basah anjing nya kandang lg bersih hampas punya ibu,please jgn la nak bela blur
ReplyDeletekita tengok dulu, tapi setakat ni susah nak yakin, kebaikan ibunya kerana budak ini ditinggalkan dalam keadaan sangat terbiar dan kebuluran. sedangkan dia sendiri ada facebook dan muat turun gambar happy dia. atau betul juga kut kata orang mak dia sakit jiwa. kalau yang ini bolehlah kitra maafkan.
ReplyDeleteSetuju dgn anon 20:03. Dimanakah pegawai pusat zakat? Dimana pegawai jabatan kebajikan masyarakat? Jgnlah bagi alasan tiada laporan yg diterima. Tuan-tuanlah yg sepatutnya bertindak proaktif. Bukannya mencari alasan dan janganlah mencari publisiti murahan dengan muncul di kaca tv dan memberikan komen yg klise...alahai jab. Kebajikan masyarakat dan pusat zakat.
ReplyDeleteIni semua salah rosmah
ReplyDeleteAlasan tak boleh dipakai.
ReplyDeleteMuhammad Kamal Zawari, sila pergi siasat dan bertanyakan rakan-rakan sekerjanya di KLIA sebelum simpati tidak bertempat. Bayangkan emak yang bekerja di Catering untuk penerbangan MAS,tiada makanan untuk di bawa balik untuk anaknya?
Kita membandingkan kesusahan org lain dgn Cik Lola nie dgn cara yg tak adil. Susah mana pon...miskin mana pon..apa yg ada kt si ibu sama dgn kt anak...kita bleh beza...kalau si anak kurus kering...si ibu dua kali ganda kurus kering..kalau anak baju koyak rabak...si ibu mesti koyak rabak jugak...tapi dlm kes cik Lola nie...ibu segar bugar...anak2 yg lain segar bugar...cuma yg satu nie je mcm terbiar tak terurus..apatah lagi OKU...sepatutnya dijaga elok2...bukan bergelumang najis kencing dan berbaju reput...common la..nak salahkan masyarakat...kalau cik Lola tu tinggalka dia kt tepi jalan pun org ramai akan kutip bawak ke jabatan masyarakat...mana ada kejam sgt cik Lola ooi...tak payah isi borang..tak payah kata apa pun...jgn sedap2 nak kata kalau kita kt tempat dia yg kita akan wat menda yg sama....takde laa...sekurang2 nya kita akan hantar ke tempat yg terbela utk anak OKU tu...so tak payah nak tegakkan benang basah utk cik Lola...
ReplyDeleteMaaf, sya tdk menerima alasan ni..sya bkn org bodoh yg boleh diperbodohkan bgtu sahaja..kalau mmg lah ibu Firdaus tu tdk mampu jd knpa di fb ibu dia gmbar profile picture siap make up dgn tudung bling2? Itu? Yg kna ckp tdk mampu tu? Tdk masuk akal langsung..kalau sdh tau salah tu mengaku lah, tdk paya buat2 alasan, minta simpati apa smua benda tu. Skrg baru menyesal...hmm
ReplyDeletekeluarga Lola terlalu miskin sehingga beli baju pun tak mampu ? ...lihat Fb maknya pakai baju lawa2 , tudung bling bling, ada bedak gincu ! mampu pula ?
ReplyDeletemaknya terlalu sayang ? tapi masa budak tu dijumpai gaya macam budak hutan, kotor ..baju koyak rabak macam bertahun tak ganti, bilik macam kandang kucing kotor sekotor-kotornya, macam ni kah sayang ?
tak payah la terlalu membela puan Lola , dimana ada kemahuan disitu ada jalan ! Lola kata dia tak tahu macamana nak hubungi jabatan kebajikan, napa tak tanya kawan2 ?
pendek kata , dimana ada kemahuan disitu ada jalan , hendak seribu daya tak hendak sejuta dalih ,
paling mudah, minta jabatan kebajikan hantar Lola sekeluarga balik sabah, kerana di Sabah mereka masih punya ramai keluarga , abang adik sepupu semua ada , buat apa tinggal di semenanjung menyeksa diri ?
macamana puast zakat dan jabatan kebajikan tahu ada budak kes macam ni kalau ..
ReplyDeletea] maknya tak pernah bagitahu pihak berkenaan
b] tak tanya orang bagaimana nak buat
c] anak tu dikurung, disembunyikan dari orang ramai
d] nasib baiklah ada operasi , kalau tak alamat mati budak tu terseksa lapar haus berselimut kekotoran dalam tu ..
pusat zakat tak mampu tanya dan cari dari rumah ke rumah utk cari kes begini, jabatan kebajikan pun tak mampu cari dari rumah ke rumah seluruh negara ...
tanggungjawab pada maknya, atau pada jiran2nya utk lapor supaya PPZ atau JKM ambil tindakan
alasan pembelaan tak lojik ..
Memang betul dan saya setuju sangat. Janganlah asyik nak salahkan JKM dan Lembaga Pungutan Zakat saja. Mak dia sendiri sembunyikan keadaan anaknya drpd pengetahuan orang ramai,
Deletelepas tu expect JKM dan LPZ ada kebolehan luarbiasa utk detect orang yg terabai.
Mak tudung bukan main mahal tp anak dibiar bergelumang tahi, baju koyak rabak tak bagi makan, adakah anak itu ditinggalkan untuk mati? mengapa ada usaha2 terancang untuk membersihkan nama mak dia? instigfarlah admin blog ni
ReplyDeleteSukar bg akal yg waras utk menerima alasan 'kesusahan hidup orangtuanye' yg mnjadikan keadaan adik firdaus sampai macam tu sekali.. melainkan kalau mak firdaus ni ada gangguan mental(allahualam).. Apapun,doa yg terbaik utk adik firdaus..
ReplyDeleteKalau korang check la fb mak firdaus ni, Imashima Lola..ada status dia tu..dia update psl kereta mengatakan bahawa kereta tu rosak ka atau takde minyak...so dia tak dpt pg kerja.. Dia update stat dia tu bilan 5 kalau tdk silap..so skrg ni? Mampu ke tidak mampu? Haaa
ReplyDelete
ReplyDeleteBUKAN SEMUA ORANG ADA FB. GUNA FB KENA PAKAI TIPON CANGGIH. YG CANGGIH BUKAN MURAH HARGANYA. MELIHAT KEADAAN ADEK INI SEMASA DITEMUI TIDAK MASUK AKAL.
INSAFLAH. TUHAN MENJADIKAN KEADAAN ADEK INI BEGINI ADALAH DUGAAN KEPADA KITA. TERUTAMA KPD YG HAMPIR DGN ADEK INI. KENAPA DIABAIKAN ?
Keputusan hospital.menunjukkan makanan dimakan oleh firdaua sudah berusia 3 bulan...maknanya dan 3 bulan dia ditinggalkan seblum diselamatkan.
ReplyDeleteKetua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN, Phone: 03-6274 5352
ReplyDeleteBerkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A
Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK
Alasan sibuk bekerja menampung keluarga tak boleh dijadikan sebab anak terabai.Ramai lagi para ibu yg lain sibuk bekerja siang malam mampu menjaga anak. Badan arwah Firdaus teramat cengkung ibarat berbulan dan mungkin bertahun tidak diberi makan dan minuman yg secukupnya. Dia menahan kelaparan manakala ibunya gempal...cukup makan.
ReplyDeleteSetuju sngat dgn pencerahan nih.. ini cuma alasan yang tidak masuk akal cuba meminta simpati pada org ramai. . .
Delete#Al FATIHAH buat arwah adik Firdaus , semoga ditempatkan bersama org2 yang Soleh :'(
Bertaubatlah puan Lola
ReplyDeleteAlasan sibuk bekerja bukan penyebab anak terabai hingga kurus cengkung tanpa diberi makan dan pakaian yg bersih. Pakaian yg dipakai firdaus ini sudah cukup menunjukkan bertahun dia tidak bertukar baju. Susuk badan firdaus sudah terbukti dia tidak diberi makan walaupun ibu nya beri seribu alasan.
ReplyDeleteYa Allah.. langsung tak ade logik betul hujah2 dia membela puan lola tu..alfatihah buat adik firdaus..
ReplyDeletegak masuk akal miskin sampai kurus kering gitu...kenapa emaknya segar dan gemuk banyak makan?
ReplyDeletec bodoh nak backup c bodoh.ok le tu dua dua bodoh
ReplyDelete