Pages - Menu

Tuesday, 24 June 2014

Pegawai JPJ Padang Jawa Mental, Koyak Geran Kereta Pelanggan


Hari yg malang. Bawa pembeli kereta tukar nama kat JPJ Pdg Jawa petang Jumaat jam 3 petang. Sampai giliran kita pada pukul 4:30 petang, akak yg kat kaunter dah tarik muka pasal dah lewat masanya utk balik. Sbb ade 2 customers sekaligus tukar milik, Saya berulang alik antara 2 kaunter.

Entah sbb dah lewat atau apa, lambat pulak proses tukar nama. Kemarahan akak nampak
memuncak bila kita bagitau hakmilik bank tak tercetak pada geran. Kita minta tolong kat dia
baik-baik tapi akak tak henti-henti marah tentang kelewatan masa kerjanya.

Akhirnya masa bayar r/tax, kita tak cukup tunai, nak guna kad kredit bayar. Akak melenting pulak r/tax
dah siap tak blh bayar kad sbb sistem dah tutup. Minta jugak kita cukupkan tunai utk bayar. Mulanya, saya minta akak simpankan r/tax tu hingga saya datang bayar hari Isnin memandangkan memang takde duit lebih. Lepas tu, saya fikir baik batal r/tax aje.

Sebaik-baik saja saya bagitau akak batal, dia terus koyak r/tax & seterusnya geran kereta asal. Akak
lain yg masih ada di kaunter & pegawai takde seorang pun bersuara tentang geran yg dikoyak.

Saya tercegat kat sana tak tau nak buat apa. Akhirnya, akak serah balik jugak geran tu tanpa
apa-apa penjelasan. Bila I buka mulut tanya gantian geran baru, dia halau I dgn keras.

"I tak mau tengok muka kamu kat sini lagi. I m suppose to be home now. U go! U go!"

Apa patut saya buat skrg?

COPY PASTE FACEBOOK

15 comments:

  1. Padan muka ko... sapa suruh tak prepare awal2... wakakakaka

    ReplyDelete
  2. dah tau kaunter nak tutup lagi mau terhegeh...ni jenis saja nak provoke orang......tengok ayat i u...i u dah tau jenis kurang hajar...tak faham bahasa...guna ayat sakitkan hati....buat-buat tak faham...kes macamni personally ada jumpa di sebelah kaunter saya berurus....jenis person macam ni akan provoke pegawai kaunter itu ini...dan buat-buat tak faham....sebabnya saja nak cari salah orang.

    ReplyDelete
  3. Tugasnya saja menyerang penjawab awam ...melalui serangan mental ye......

    ReplyDelete
  4. Don't waste my time.

    You sebenarnya yg menyusahkan pejawat awam utk memberi khidmat yg efficient kpd masyarakat. Time wasting.

    ReplyDelete
  5. sebenar nya ko tu yg sengal bangal..pegawai jpj tu pun manusia biasa yg mungkin ada masalh yg kita tak tau..yg ko dah lah dtg lewat mengada gada plak mcm janda gila dah tau urusan yang ko buat tu mengunakan duit ko sedia kan la duit yang mencukupi..dah lah ko yg buat keadaan jd cmtu ada hati plak ko nak bakar org laen supaya sokong ko..ape la ko ni..guna otak sikt la

    ReplyDelete
  6. Moralnya kalau dtg opis awam bawalah wang secukupnya. Masapun kena betul, bukan tunggu time org dh nk balik. Kalau tak, ambik la balasan mcm ni.... Geran kena koyak......

    ReplyDelete
  7. Macamana pulak kalau saya dah memang datang awal, bukan datang pukol 4:30 yer, tapi petugas kaunter tuh yang asik berborak, sampai pukol 4:30pm. Kalau macam nih, mner la pulak ???

    ReplyDelete
  8. Dua2 bodoh

    Sorang menyusahkan kakitangan awam. Nak berususan dgn org, buatlah cara elok skit. Jgn terhegeh2 mcm badak air kena sondol blkg !

    Yg keja kt JPJ pun mcm haramjadah. Buat JPJ mcm opis bapak dia. Itulah cth pekerja awam yg rasa dah besar. Zaman dulu boleh tgk kt pejabat Pos. Kurang ajar mcm beruk

    ReplyDelete
  9. Ni ntah runner / ulat mana ambik upah tukar nama kat jpj. Dah bikin panas mula la nak buat cerita, yg aku tau,runner yg kurang ajar memang selalu test tahap kurang ajarnye kat jpj.. kaunter mesti boleh beza, mana satu runner mana satu pemilik

    ReplyDelete
  10. Memang dia runner. Dah sah ckp ada ada 2 customer nak tukar nama

    Lain akak tu. Jgn stkt koyak jr. Tendang skali mamat runner tu

    ReplyDelete
  11. Power betul ko buat citer side ko je betul.cer citer sikit preparation apa ko buat sblm datang berurusan.

    ReplyDelete
  12. Pelanggan adalah sentiasa betul. Sebagai pegawai dibahagian hadapan kesabaran adalah perkara yang perlu diutamakan. Pelanggan akan punyai 1001 jenis perangai dan kehendak. Senyuman perlu sentiasa ada walaupun dalam keadaan yang kita sendiri tak berapa nak senyum. Ingatlah bahawa kerja itu adalah ibadat. Ganjaran dunia adalah gaji yang kita dapat dan ganjaran Allah adalah lebih lagi.

    ReplyDelete
  13. nak hari raya ni tak cukup masok lah ni sampai jadi begitu,kalau ulur duit semua boleh ,senyum lebar lah dia,

    ReplyDelete
  14. memang sengal tol. prepare la awal2. kau senang, dia pun senang. aku selama berurusan semua prepare kasi complete, bukak je pintu ambik no, borang isi siap2. aritu tuka nama geran tak smpai 10minit pun. senyum lagi aku dpt dari pegawai tu.benda mudah jgn rumitkan. jgn buang masa sendiri dan org lain.

    ReplyDelete
  15. Gaji nak naik....elaun mcm2...bonus nak belambak...kerja mcm haram jadah..
    perabis duit rakyat...kerja swasta la baru tau tinggi ke rendah langit tu...
    report ja, biar kerani tuh kena D.I....belambak lagi org nak kerja yg akan buat kerja betul2...

    ReplyDelete