Pages - Menu

Sunday, 28 September 2014

IMPIAN SARAWAK Atau PEMBOHONGAN BESAR DAP DI SARAWAK?

DAP sekarang ini giat menjalankan kempen PEMBANGUNAN di Sarawak menerusi kempen IMPIAN SARAWAK, terutama sekali kawasan-kawasan yang menjadi sasaran untuk dimenangi pada Pilihanraya Negeri yang akan datang. Dan seperti biasa, Barisan Nasional lebih banyak menutup mata, membiarkan DAP bermaharajalela tanpa sebarang tentangan walaupun sebenarnya DAP melakukan penipuan terang-terangan.


Kalau di Semenanjung, DAP sekadar bercakap tentang elemen-elemen seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, open tender dan sebagainya, di Sarawak pula, DAP cuba muncul sebagai perwira dengan janji-janji pembangunan.

Dan menariknya, seperti di Lawas, DAP mengambil kredit daripada pembangunan dan penaiktarafan yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Modal yang dikeluarkan oleh DAP hanyalah retorik. Cukup sekadar memperlihatkan kesungguhan DAP untuk membangunkan prasarana rakyat, DAP cuba menarik perhatian dan sokongan daripada penduduk tempatan kepada mereka.

Sedangkan pada masa yang sama, kerajaan negeri sudah pun memperuntukkan sejumlah besar peruntukan untuk pembangunan prasarana. DAP sanggup mencari kampung-kampung terpencil, menghantar pemimpin-pemimpin muda mereka yang berwajah cantik dan berlakon seperti sedang bekerja keras bergotong-royong bersama-sama masyarakat setempat.


Di Lawas, batang paip air besar yang disediakan dan dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak tidak memerlukan derma daripada masyarakat dan orang ramai berbanding saluran getah berwarna hitam yang diberikan oleh DAP. Penyaluran air oleh Kerajaan Negeri Sarawak mencangkupi kawasan yang jauh lebih luas tanpa banyak promosi mahupun publisiti. Sedangkan dengan hanya sebatang salur getah berwarna hitam, DAP mencanangkan bahawa bekalan air di seluruh Sarawak telah berjaya diberikan hasil kerja dan usaha DAP.

Di Ba'kelalan, generator kuasa yang disediakan oleh Kerajaan Negeri jauh lebih mencukupi dan berkuasa tinggi. Namun demi meraih simpati dan perhatian, DAP menghantar sebuah generator kuasa bersaiz kecil yang hanya untuk sebuah atau dua buah rumah dan kemudian meuwar-uwarkan kepada rakyat Malaysia bahawa Ba'kelalan bercahaya kerana generator sumbangan DAP.


Sasaran DAP sebenarnya adalah untuk menguasai tanah-tanah di Sarawak memandangkan Sarawak mempunyai Undang-Undang Tubuh yang jauh 'lebih longgar' berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Kalau sebelum ini, usaha subversif mereka menerusi penajaan SABAH SARAWAK KELUAR MALAYSIA (SSKM) gagal apabila kerajaan mula menguatkuasakan undang-undang Anti-Hasutan, DAP segera menggunakan pendekatan yang lebih hampir dengan masyarakat di Sarawak, iaitu pembangunan.

Keadaan geografi dan keluasan negeri Sarawak, selain kedudukan petempatan yang jauh serta terpencil, tidak pernah diterangkan oleh DAP mahupun Pakatan Rakyat. Sebaliknya, lebih ramai penyokong Pakatan Rakyat, khususnya di Semenanjung yang sampai mereka mungkin sekadar di bandar-bandar besar seperti Kuching, Sibu, Miri, Bintulu dan sebagainya, melihat Sarawak sama seperti Perlis yang kentut di seberang sini, boleh dengar di seberang sana.

Apatah lagi tanggapan dan persepsi Pakatan Rakyat terhadap rakyat Sarawak yang bagi mereka jauh lebih bodoh dan mudah diperbodoh-bodohkan dengan hanya sedikit modal dan sedikit temberang!

4 comments:

  1. TEKNIK DAP..

    Bungkus NAJIS dengan NICE Package..

    Jangan TERTIPU..



    Gambar comel helang, adun etc.. semuanya sedang dirupamanjakan.


    Nice NiCE SHIT.

    ReplyDelete
  2. Impian Sarawak adalah strategi jangka panjang Cina DAPigs untuk memerintah Sarawak.

    ReplyDelete
  3. Strategi DAPig sama dengan dilakukan diPulau Pinang .
    Digula2kan manifesto , rakyat terpesona dan termakan gula2 tu.
    Lepas dapat kuasa , CAT jadi Mouse . Manifesto tu bukan janji . Rakyat miskin yang niaga tepi jalan dihalau . Rumah mampu milik jadi rumah tak mampu milik untuk rakyat biasa . Rumah hanya untuk yang mampu beli olih UltraKiasu saja .
    Projek besar diberi kpd Kontraktor dari Cina ( resource starve punya ) untuk pungah semua resourse dari Sarawak ( resource rich punya ).

    Akhirnya Bumiputra Ssrawak terpinggir dan duduk kependalaman .

    ReplyDelete
  4. Dap x faham..kelakar pn ada dorang ni..

    ReplyDelete