Pages - Menu

Thursday, 30 October 2014

RAFIZI RAMLI Pula Jadi Hakim Dan Malaikat... Belum Habis Perangai Pembohongnya


Rafizi Ramli, asalnya budak Melayu yang mengharapkan peruntukan hak keistimewaan untuk mendapatkan biasiswa dan tempat untuk belajar di institusi pengajian tinggi. Dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah yang cukup terkenal kerana prestijnya, Rafizi Ramli tidak sedikit pun mengeluarkan dirinya daripada hak keistimewaan tersebut. Kemudian masuk universiti, dah mula besar kepala kononnya dia masuk universiti kerana meritnya, bukan kerana peruntukan ada pada Melayu-Bumiputeranya. Kemudian dapat kerja dan berlagak kononnya dia dapat kerja kerana dia sendiri walaupun sebenarnya dia hanya memenuhi salah satu peruntukan Melayu-Bumiputera.

Kerana itulah dia sentiasa lupa diri dan berlagak seolah-olah dia sahaja yang betul, walaupun sudah berkali-kali dia terkantoi.

Dua hari sudah, Rafizi Ramli ingatkan panel hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar kes rayuan Anwar Ibrahim agar membebaskan Anwar Ibrahim agar mereka sendiri tidak masuk neraka. Rafizi Ramli yang telah terbukti banyak melakukan fitnah cuba mengajar dan mengingatkan tentang balasan hari akhirat hanya kerana tidak mahu melihat Anwar Ibrahim masuk penjara akibat perbuatannya sendiri.

Menariknya, Rafizi Ramli terlupa atau buat-buat lupa, fitnah-fitnah yang dilakukannya juga akan mengakibatkan dia masuk neraka. Ayat-ayat al Quran (termasuklah terjemahannya) yang digunakan untuk mengingatkan panel hakim, tidak pula digunakan untuk dirinya sendiri.

Hari ini, Rafizi Ramli sekali lagi cuba menimbulkan persepsi jahat. Entah apa motifnya, Rafizi Ramli menyerang anggota-anggota polis Cawangan Khas. Dia menyalahkan 'anggota-anggota' Cawangan Khas (Special Branch - SB) yang menurutnya telah memenuhi tempat-tempat duduk di dalam kamar perbicaraan. Dan yang menariknya, dia cuba memberitahu para penyokongnya bahawa dia dikelilingi oleh empat orang anggota Cawangan Khas yang membuatkan dia berada di tengah-tengah.


Punyalah hebat budak bebal yang berlagak pandai nih.

Ada cop SB ke kat dahi mereka yang ada di sekelilingnya?

Kalaupun benar mereka adalah anggota polis, apa salahnya? Tempat duduk dalam kamar tu, hanya dikhaskan untuk para penyokong Anwar sahaja ke? Kenapa tak memekak dan komplen, para penyokong Anwar macam tak ada kerja dan sibuk nak menimbulkan kekecohan dan kekacauan di mana-mana saja mereka berada?

Ke sebab Rafizi kecewa kerana kawalan ketat menyebabkan para penyokong Anwar Ibrahim yang bertujuan menyerang mahkamah dan mengganggu perbicaraan itu, terutama menerusi cubaan merempuh pagar dan hadangan di hadapan Istana Kehakiman, menyebabkan dia mencari jalan untuk menyalahkan polis dengan cara lain?

Memang ada rancangan nak bawa para penyokong Anwar menceroboh galeri bicara tu ke sekaligus membolehkan perbicaraan itu terhenti dan Anwar Ibrahim bebas daripada dibicarakan, dijatuhi hukuman dan menjalani hukuman?

3 comments:

  1. Pondan ni ta ada waris,Kita harus bersukor

    ReplyDelete
  2. Bg jee penampo...... kalo duduk sblah dia ...wa buat2 taksub pd nuaq...

    pas tu umpan rapizi ajak mkn...

    Bila sampai kat tangga bawah kantin wa bagi penumbuk sulung hinggap kat rahang kasi pecah.... hahahaha....

    Lepas tu wa sepak perot dan molot penipu ni kasi pecah...

    ReplyDelete
  3. Boleh pakai taktik ni! pastikan yang melakukan taktik ni mempunyaai penumbuk yang kaat dan padu biarkan rahangnya terpelanting.... ha ha ha

    ReplyDelete