Pages - Menu

Thursday, 30 October 2014

UPDATE! Pekarangan Istana Kehakiman Bagaikan Dilanggar Geroda Kerana Kemarahan Penyokong Anwar Ibrahim


Hari ketiga...

Para peguambela Anwar Ibrahim telah diberikan peluang seluas-luasnya untuk menyanggah bukti air mani Anwar Ibrahim di dalam dubur Saiful. Namun para peguambela Anwar sekadar berlegar-legar pada bahagian teknikal semata-mata, bukannya fakta tersebut. Mereka banyak mempertikaikan prosedur tanpa memberitahu bagaimana air mani Anwar Ibrahim boleh diperah dan dimasukkan ke dalam dubur Saiful.


Di luar, kelibat penyokong Anwar Ibrahim semakin berkurangan. Setakat jam 11:30 pagi tadi, hanya terdapat lebih kurang 50 orang sahaja yang masih berkumpul dan cuba melaksanakan segala perancangan yang dibuat oleh para pemimpin PKR khususnya Tian Chua dalam mesyuarat tertutup pada 25 Oktober lalu.

Bas-bas yang membawa para pendemonstrator sepertimana yang diarahkan oleh Setiausaha Agung PKR, tidak kelihatan. Ketua-Ketua Ranting dan Cabang yang diarahkan oleh Rafizi Ramli agar hadir menunjukkan solidariti kepada Anwar Ibrahim, juga tidak kelihatan.


Yang kelihatan cuma beberapa orang yang telah disahkan sebagai menerima upah untuk berdemontrasi.

Berbanding semalam dan dua hari sudah, pekarangan Mahkamah Persekutuan sangat sunyi. Sedangkan sebelum itu, para pemimpin dan penyokong PKR menggambarkan seolah-olah pekarangan Istana Kehakiman gegak gempita dan sedang dilanda gempa bumi yang dahsyat.


Jam 8:35 pagi tadi, para penyokong Anwar Ibrahim berbanding dua hari sudah, masih tidak kelihatan. Barangkali ramai menjangkakan, kes rayuan itu telah berakhir semalam sebagaimana yang dijadualkan. Mungkin juga menjangkakan, ada perkara-perkara baru yang dihujahkan oleh barisan peguambela Anwar Ibrahim yang hebat tetapi akhirnya terbukti, barisan peguambela Anwar Ibrahi sekadar mengulangi hujah-hujah Mahkamah Tinggi di Mahkamah Persekutuan.

Tiada apa-apa yang baru.


Beberapa rayuan telah dibuat oleh para pemimpin PKR seperti Wong Chen yang menggesa agar para penyokong Anwar memanjangkan tempoh bercuti mereka sehari lagi bagi menunjukkan solidariti kepada Anwar Ibrahim namun para penyokong PKR sendiri tidak mengendahkan seruan-seruan tersebut.

No comments:

Post a Comment