Pages - Menu

Saturday, 29 November 2014

ECPI, Universiti Bogus, Kelulusan Temberang... Isu Besar Tetapi Tiada Tindakan Undang-Undang



Ada pihak yang sangat istiqomah mendedahkan pembohongan, penipuan serta pemerdayaan yang melibatkan pseudo-science oleh golongan yang gilakan gelaran Profesor, Doktor, Sir dan sebagainya di Facebook. Bagaimanapun, sambutan kepada pendedahan tersebut agak mengecewakan dan pihak berkuasa, khususnya Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Dalam Negeri belum mengambil sebarang langkah serta tindakan bersesuaian.


Dakwaan daripada pihak yang mendedahkan sindiket yang berselindung di sebalik jenama air ECPI dan Electronic Medical (EM) yang dikendalikan oleh seorang lelaki yang menggunakan gelaran Profesor Sir Doctor, gagal dijawab atau golongan terbabit, sebaliknya pelbagai tuduhan tidak bertanggungjawab dibuat terhadap pendedah yang menggunakan nama Matt Deraman di Facebook.



Beberapa sanggahan dari segi sains juga, gagal dijawab sebaliknya lebih banyak pembohongan yang dibuat atas nama sains tanpa dipantau oleh pihak-pihak berkenaan.

Anehnya, golongan tersebut yang sedang terdesak apabila pembohongan demi pembohongan mereka didedahkan, cuba mengaitkan sesiapa sahaja yang mendedahkan pembohongan mereka sebagai penyokong Tamil Eelam, pengganas, Syiah dan sebagainya, sedangkan pada masa yang sama, ketua mereka sendiri berada di Israel pada 14 November 2010 tanpa sebarang tujuan yang diketahui.





Pendedahan tentang pembohongan melibatkan ECPI dan syarikat yang mengeluarkannya boleh dibaca DI SINI.

Mungkin sebahagian daripada anda pernah mengingati sejarah dan modus operandi perubatan alternatif bernama Cakra Alam yang turut melibatkan pseudo-science di mana penerajunya turut menggunakan gelaran Prof.Dr.Sir dan Al-Hafiz yang akhirnya tembelangnya telah dibuka oleh sekumpulan wartawan dari Korea Selatan. Selepas tembelang itu dibuka, pusat perubatan alternatif itu turut berkubur.




Antara kesalahan-kesalahan utama yang telah dilanggarkan oleh kumpulan berkenaan adalah:

Kesalahan 1: Akta Pendidikan Tinggi 1996 Seksyen 71(a)
Tiada seorang pun boleh menubuhkan, membentuk, menggalakkan atau menjalankan apa-apa kegiatan bagi maksud menubuhkan atau membentuk, atau ke arah penubuhan atau pembentukan, suatu institusi pendidikan tinggi.

Kesalahan 2: Akta Pendidikan Tinggi 1996 Seksyen 71(c)
Tiada seorang pun boleh mengendalikan, menguruskan atau menyenggarakan mana-mana kelas bagi pengajaran dan pembelajaran pendidikan tinggi melainkan jika kelas itu dikendalikan, diuruskan atau disenggarakan oleh suatu institusi pendidikan tinggi.

Kesalahan 3: Akta Pendidikan Tinggi 1996 Seksyen 71(d)
Tiada seorang pun boleh menubuhkan, mengendalikan, menguruskan atau menyenggarakan institusi pendidikan tinggi dengan menggunakan perkataan “universiti”.





Anda boleh membaca sepenuhya pendedahan yang dibuat oleh MATT DERAMAN di wall Facebooknya..

8 comments:

  1. http://aididmuaddib.blogspot.com/2010/12/md-dan-phd-mickey-mouse.html?m=1

    Sedih ramai tak sedar ditipu. Dr Colour Vibration Theraphy dll.

    Zaman ini manusia Melayu masih jumud naif. Temberang & gempaq berleluasanya.

    Tp 30% rakyat Melayu sudah celik. 70 % lagi masih ????&@#$$

    ReplyDelete
  2. disebabkan minum air ecpi anak saya masuk u.oxford hari ni ,besok terus konvo PhD...lusanya dianugerah prof madya...hebatkan walaupun umur beliau masih dalam pantang....

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Tuan.

    Saya amat berbesar hati kerana perjuangan saya menegakkan kebenaran di FB disambut oleh blogger sopo tersohor.

    Nawaitu saya hanya satu, tegakkan kebenaran dan lenyapkan kebatilan.

    Sekali lagi, terima kasih Tuan.

    ReplyDelete
  4. Benda benda jual mcm ni byk gila, sedey tgk Melayu Melayu ni masih mcm ni. Kebnaykanannya hanyalah untuk mendapatkan wang, dengan cara haram(menipu).

    Dunia sudah maju kedepan tapi ramai Melayu masih percaya benda benda bangang tanpa explanation yg logik dan saintifik .. ooo makcik tu minum 2 minggu terus baik bla bla bla. bodoh.

    Melayu semua benda lancau tipu tak logik takde explanation betul fitnah semua percaya. Damn!

    ReplyDelete
  5. Lama dah tau ni temberang

    ReplyDelete
  6. OI si anon-anon 21.40 & 3.03, lu punya ekoq-ekoq ni si-PENDATANG/PENCEROBOH PELAHAP-KANGKANG-BABI-RASIS-KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM aahhh?!

    Lu manyak SODOM itu JUBOQ BABI aaahh - sebab itu lu mcm. ANJING KURAP aaahh?! Yg. lu benci sgt. BUMIPUTERA ISLAM/Melayu kami apasal?!

    BANGSAT lu si PENDATANG RASIS CELAKA nak MAMPOS; PI JILAT KANDANG si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM -si-ejen-ZIONIS-no-1!!

    ReplyDelete
  7. Benda menipu tetap menipu..

    Yg tak berilmu mcm anon 6:02 tu tahu merapu.

    orang yg ada PHD Dr. tak bercakap mcm artis.

    Mari kita temukan Dr. 2 yg cop ni ke Unversiti di Malaysia..
    Pakar2 PHD sebenar boleh mengesahkan taraf Prof. Dr. Sir. yg menipu ini.

    ReplyDelete
  8. Kebanyakan prof emiritus sir tu mmg pakar kelentong...abis semua manusia melayu d kelentongnya. Sekor lagi the so called prof. Sir affrizal cite psl quantom fizik- blh debat ngan pakar luar negara ka? Cam biol aje dia terangkan apa dia quantom fizik! Klu x silap dlm pertubuhan persatuan pengguna islam pun ramae bogus pun dr. Lihat blog 'doctor mickey mouse...berlambak!!!

    ReplyDelete